trending_flat

Menteri Kerja Raya lakukan tinjuan di Kelantan

23 Disember 2022 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan kerja Raya (JKR) di peringkat negeri dan daerah telah diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga susulan bencana banjir buruk yang menimpa di beberapa buah negeri. Menurut Alexander dalam satu kenyataan hari ini, KKR memberi tumpuan dalam memastikan semua infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan selamat digunakan, bukan sahaja oleh orang awam tetapi juga pasukan keselamatan yang ditugaskan di kawasan terjejas. "Seperti yang kita sedia maklum, negeri-negeri di sebelah pantai timur sedang menghadapi situasi banjir besar. Susulan itu saya telah ke Kelantan bagi meninjau keadaan infrastruktur jalan raya, cerun dan jambatan yang terjejas akibat banjir tersebut. Lokasi pertama tinjauan adalah di laluan Jalan Persekutuan FT003 di Seksyen 664.00, Laluan Kota Bharu – Kuala Terengganu yang telah ditenggelami air pada 18.12.2022, Ahad, […]

trending_flat

Tanah Runtuh : Jalan B66 ditutup – Menteri Kerja Raya

16 Disember 2022 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting Hulu Selangor yang berlaku sekitar jam 2.42 pagi hari ini melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan anggaran setinggi 70 meter. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan JKR Selangor iaitu sepanjang 5meter, berdasarkan pemeriksaan didapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan. "Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalanraya. Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini. JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian. Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation