trending_flat

Krisis perubahan iklim : Setiap komitmen kerajaan akan diperhalusi

24 DISEMBER 2022 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau amatlah memahami keperluan terdesak menangani isu perubahan iklim yang ditekankan lagi akibat bencana banjir yang sudah menjadi kejadian tahunan. Justeru, Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya kepada perkara ini dan akan terus mendepani usaha untuk mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan Malaysia. "Pakatan Harapan (PH) sememangnya sentiasa mengutamakan isu perubahan iklim, yang terbukti bukan sahaja melalui Manifesto PH, tetapi juga dengan cadangan (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim untuk membentuk satu Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Biodiversiti yang telah dibuat pada 4 Ogos 2022 ketika dia masih Ketua Pembangkang. Pembentukan sebuah Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menangani perubahan iklim juga merupakan bukti bahawa kerajaan ini sudah pun mengambil langkah segera dan […]

trending_flat

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ketuai delegasi negara di CBD COP15

PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Bin Nik Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, selaku national focal point kepada Convention on Biological Diversity (CBD) sedang mengetuai delegasi negara di The Fifteenth Conference of the Parties to the CBD (CBD COP15) bermula pada 7 Disember hingga 19 Disember 2022 di Montreal, Kanada. Katanya dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, CBD merupakan sebuah multilateral environmental agreement (MEA) yang dianggotai oleh 196 negara ahli dan mempunyai 3 matlamat utama iaitu konservasi biodiversiti, penggunaan komponennya secara mampan, dan perkongsian faedah daripada sumber genetik secara adil dan saksama. "COP diadakan setiap 2 tahun untuk merundingkan dokumen dasar dan teknikal berhubung biodiversiti di peringkat antarabangsa. COP15 adalah sangat penting kerana ia akan memuktamadkan Pelan Tindakan Strategik Biodiversiti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation