Lawatan Suai Kenal RESPA Selangor ke IPD Kajang
KAJANG, 28 DISEMBER 2022 - Semalam antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang seramai 12 orang terdiri ahli Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Selangor yang diketuai Timbalan Pengerusi, Tuan Abdul Hakim telah membuat kunjungan suai kenal ke IPD Kajang. Turut hadir bersama adalah kempimpinan RESPA Pusat, Dato Hj. Farid dan Datuk Setia Hj. Mohd Isa. Kredit Foto REDZUAN ZIN "Dalam ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt Nasir mengalu-ngalukan kunjungan ini dan secara langsungnya berupaya mengeratkan hubungan kedua- dua belah pihak untuk kebaikan bersama. Menurutnya, pada masa ini seramai 1, 173 Pesara Polis yang menetap di Daerah ini yang mana seramai 236 orang terdiri bekas Pegawai Kanan Polis." kata RESPA Selangor dalam satu kenyataan media semalam. Manakala, ucapan balas Timbalan Pengerusi, memaklumkan kunjungan tersebut adalah sebahagian program berjadual Persatuan […]