trending_flat

Insiden jurulatih tampar pemain tidak wajar berlaku – Young Syefura

1 JANUARI 2023 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memandang serius insiden seorang jurulatih lelaki dewasa skuad bola tampar perempuan bawah 14 negeri Melaka yang menampar 2 orang pemainnya ekoran prestasi yang tidak memuaskan di sebuah kejohanan di Johor pada bulan Disember lalu. Young Syefura yang juga merupakan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsayaan berkata perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan jika ia telah menjadi satu budaya di dalam mana-mana sukan, ia perlu dihentikan dengan segera. "Kekerasan tidak menjamin prestasi cemerlang seseorang atlet bahkan akan memberikan tekanan kepada atlet tersebut yang akhirnya akan memberikan impak kepada mental beliau. Sukan adalah satu bidang yang sihat. Kita tidak boleh membiarkan budaya begini menular di dalam bidang sukan. Menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang. Sebagai seorang jurulatih, beliau sepatutnya menerima apa sahaja keputusan dengan terbuka dan menjadikan ia sebagai satu panduan untuk melatih […]

trending_flat

Young Syefura gesa Kerajaan Negeri Pahang semak semula projek di kawasan berisiko tanah runtuh

17 DISEMBER 2022 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa kerajaan negeri Pahang agar menyemak semula setiap projek-projek yang dijalankan di kawasan cerun-cerun berbukit dan yang mempunyai risiko tanah runtuh di sekitar negeri Pahang dengan kadar yang segera. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berlaku yang akan menyebabkan kemalangan jiwa. "Langkah-langkah keselamatan perlu dititik berat dan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi ketika kini negara kita sedang mengalami musim tengkujuh. Oleh itu, setiap agensi atau jabatan berkaitan mesti mengadakan pemeriksaan di setiap tapak projek di kawasan cerun berbukit. Saya menyeru kepada pengusaha tempat-tempat percutian yang terletak di kawasan berisiko tanah runtuh agar peka dengan keadaan di sekeliling kawasan percutian milik mereka. Saya mohon agar pengusaha bertanggungjawab dalam memastikan tiada rekahan atau tanda-tanda awal pergerakan tanah di kawasan sekeliling tempat percutian milik mereka dan segera […]

trending_flat

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut baik gagasan baharu kerajaan Negeri Pahang yang merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PH). Katanya dalam satu kenyataan hari ini, dinamik tersebut adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. "Menariknya situasi selepas Pilihanraya Umum ke-15 kali ini adalah buat julung kalinya kerajaan negeri yang telah setelah begitu lama diterajui oleh Barisan Nasional, kali ini bergabung bersama barisan pembangkang dari Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan. Dinamik ini adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation