trending_flat

Jongga & Nongshim Farmer’s Heart Mengiktiraf Chef Wan Sebagai Duta & Pakar Pembuat Kimchi Di Festival Kimchi Malaysia Yang Pertama

PETALING JAYA, 26 NOVEMBER 2022 - Chef Selebriti Malaysia, Datuk Dr. Chef Wan dinamakan sebagai Duta Jenama Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart di Festival Kimchi Malaysia yang pertama, dianjurkan oleh K PLUS Food Market, bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Chef terkenal tersebut berasa bangga kerana diiktiraf oleh Seoul Kimchi Academy sebagai pakar kimchi setelah menjalani latihan intensif di Korea Selatan. Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart merupakan dua jenama terkenal dari Korea Selatan dan diperkenalkan di Malaysia oleh KMT Jaya Sdn. Bhd., pengedar ekslusif jenama-jenama Korea. Datuk Dr. Chef Wan dilantik sebagai Duta Jenama selama 1 tahun bagi mempromosi jenama-jenama ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia sambil mengukuhkan peranan Kimchi sebagai makanan sampingan, baik untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Datuk Dr. Chef Wan juga dianugerahkan sijil dari Seoul Kimchi Academy setelah menjalani Kursus Pakar Pembuat Kimchi di […]

trending_flat

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 - Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP Soga IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Polis Dato’ Hajah Noorsiah Mohd Saaduddin berkata fokus utama OP Soga IX adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah sepanjang kejohanan tersebut berlangsung. Katanya ia juga bertujuan menangkap sindiket mahupun individu yang bertindak sebagai bookie/punter seterusnya mendakwa mereka di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Berikut merupakan statistik serbuan dan tangkapan dari 19 hingga 28 November 2022: Kata Noosiah, kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut. Tambahnya, setakat ini rampasan meliputi: Nilai had kredit di dalam perisian mencecah RM3,177,293.17; Wang tunai berjumlah RM113,140.00; […]

trending_flat

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 - Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan kerajaan baharu bagi membawa perubahan agar negara kembali ke zaman kegemilangannya. Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata penjawat awam perlu membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara. Anwar berkata demikian pada pertemuan pertamanya dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke 10. Kata Anwar reformasi adalah satu permulaan untuk negara yang memerlukan perubahan kerana negara pernah mencapai tahap tertentu tetapi malangnya telah merosot baik dari segi ekonomi, kestabilan atau disiplinnya. “Kita tidak mungkin berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya,” katanya. Katanya lagi, perkhidmatan awam adalah tonggak kepada negara dan ia tidak akan berubah meskipun kerajaan atau perdana menteri telah bertukar ganti. “Pimpinan silih berganti namun penjawat awam kekal dengan maksud mereka mengangkat sistem dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation