trending_flat

[Galeri] Pertandingan Fitness Drummin’ 2022 peringkat akhir

SUBANG PARADE, 26 November 2022 - Rangkuman Pertandingan Fitness Drummin' 2022 peringkat akhir yang berlangsung di sini hari ini. Program dirasmikan oleh Presiden Yayasan Sukan Dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM), Puan Sri Datuk Prof. Dr. Shariffa Sabrina Binti Syed Akil. Artikel temubual bersama Puan Sri Sabrina akan menyusul. Jurufoto / Wartawan : Azuddin Lagi Berita Gaya Hidup : Gaya HidupMY LNA Alphacelle Perkenalkan Penyelesaian Sel Stem Bersepadu Untuk Menangani Penyakit Degeneratif Yang Kian Meningkat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia By E NEWSNovember 26, 2022 Gaya HidupMY LNA Shopee Membawa Kemeriahan Fiesta Bola Sepak Kepada Rakyat Malaysia By E NEWSNovember 25, 2022 FesyenGaya HidupMY LNASeni dan Budaya MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO By Azmi SallehNovember 23, 2022

trending_flat

Alphacelle Perkenalkan Penyelesaian Sel Stem Bersepadu Untuk Menangani Penyakit Degeneratif Yang Kian Meningkat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA , 25 November 2022 - Bilangan warga emas Malaysia dianggarkan mencecah 2.4 juta atau 7.5% daripada jumlah penduduk negara secara keseluruhannya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk berusia 60 tahun dan ke atas meningkat setiap tahun. Malah Malaysia bakal menjadi sebuah negara 'warga emas' menjelang 2030, dengan penduduk berusia lebih 60 tahun membentuk 15.3% daripada populasi. Ini bermakna dalam tempoh 8 tahun akan datang, seorang daripada setiap 6 orang berusia lebih 60 tahun. Hakikat ini membawakan ancaman yang agak besar kepada industri penjagaan kesihatan Malaysia dan juga kepada masyarakat secara umum, dan meningkatkan kadar kelaziman penyakit biasa, kronik dan degeneratif serta kekurangan imun yang boleh mengakibatkan kehilangan upaya, keilatan dan kebergantungan kepada orang lain dan juga kematian awal dalam kalangan rakyat negara. Di samping itu, kejadian penyakit Alzheimer dijangka meningkat dengan kira-kira 50 juta orang di seluruh […]

trending_flat

Menangani kos sara hidup menjadi keutamaan Anwar

PUTRAJAYA, 25 November 2022 - Menangani kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan keutamaan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato' Seri Anwar Ibrahim. “Walau ada (petanda) positif umpamanya dengan kekuatan ringgit dan juga soal bursa saham yang menunjukkan keyakinan kepada pentadbiran kerajaan sekarang. Saya rasa, keutamaan itu harus terhadap kos sara hidup iaitu harga barang yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” kata beliau pada sidang media pada hari pertamanya di Perdana Putra di sini hari ini. Anwar turut bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah. Dia turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan agensi dan jabatan berkaitan akan diadakan selewat-lewatnya Isnin ini bagi membincangkan isu kos sara hidup termasuk harga barang. Lagi berita Am : AMMY LNA Menangani kos sara hidup menjadi keutamaan Anwar […]

trending_flat

Anwar imbas kad perakam waktu di Bangunan Putra Perdana

25 November 2022 – Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Bangunan Putra Perdana pada jam 9.00 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri. Turut hadirialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10. "Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar terus bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar, 75 tahun telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu berkuatkuasa 24 November 2022. Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan […]

trending_flat

Shopee Membawa Kemeriahan Fiesta Bola Sepak Kepada Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA , 25 November 2022 -Shopee Malaysia kekal di hadapan dengan menyatukan masyarakat tempatan melalui minat bersama dalam bola sepak. Dengan lebih 13 juta peminat bola sepak di Malaysia, Fiesta Bola Sepak Shopee, dengan kerjasama jenama: Hisense, Coca-Cola, dan vivo, membolehkan pengguna menemui kandungan terkini berkaitan bola sepak, hiburan dalam aplikasi dan menikmati pengalaman yang bermanfaat. Menurut Shopee, pengguna beralih kepada saluran yang lebih diperibadikan yang sesuai dengan gaya hidup digital mereka yang semakin meningkat, daripada cara mereka membeli-belah dalam talian, membaca kandungan dan berinteraksi dengan komuniti sesama mereka. Dengan Fiesta Bola Sepak Shopee, pengguna boleh menikmati ganjaran bola sepak dan kandungan yang baik dengan mudah untuk keperluan mereka. Huiyan Pan, Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia, berkongsi bahawa Piala Dunia FIFA adalah acara penting bagi rakyat Malaysia. Ramai yang akan menghabiskan masa mereka bersendirian atau bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menonton […]

trending_flat

Permuafakatan PH-BN di Perak telah merintis jalan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan

25 November 2022 - Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda, AMANAH Negeri Perak, Khairol Najib Hashim berkata Pemuda AMANAH Negeri Perak juga ingin menzahirkan junjungan kasih kami kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah atas perkenan baginda melantik Dato’ Saarani bin Mohamad sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang baharu. "Permuafakatan PH-BN di Negeri Perak ini telah merintis jalan dalam pembentukan kerajaan persekutuan pada hari ini. Ianya bermula di negeri bertuah ini iaitu Perak Darul Ridzuan. Menginsafi bahawa […]

trending_flat

Ucapan pertama PM-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

1. Komited mempertahankan Perlembagaan Malaysia, Bangsa Melayu, Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, tanpa meminggirkan bangsa lain. 2. Menjamin akan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan marjinal dan terpinggir tidak kira bangsa & agama. 3. Fokus no.1 sekarang adalah "Agenda Ekonomi". 4. Lawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan mereformasi urus tadbir kerajaan. 5. Usul undi percaya sewaktu persidangan Parlimen pada 19 Disember ini. 6. Tetap menolak menerima gaji sebagai Perdana Menteri. 7. Isnin, 28 November 2022 adalah CUTI UMUM. Lagi Mengenai Politik : MYPolitik Ucapan pertama PM-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. By E NEWSNovember 24, 2022 MYPolitik Politik : Cerita hari ini By hebahan amNovember 21, 2022 KHASPolitikPRU15 Harga Lantai Getah Boleh Dinaikkan Jika Kerajaan BN Mendapat Mandat Sebagai Kerajaan Persekutuan Pada Pru15 By E NEWSNovember 17, 2022

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation