trending_flat

Syarikat Tamin sumbang 1 tan barang makanan asas bantu mangsa banjir

PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 - Sumbangan barangan makanan asas daripada Syarikat Tamin Sdn Bhd telah diterima oleh Food Bank Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini. Sumbangan tersebut adalah bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan-kawasan terlibat terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, Syarikat Tamin sentiasa tampil ke hadapan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Tamin Sdn Bhd, Tuan Abdul Talib bin Abdul Rahman telah menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub "Syarikat Tamin telah menyumbangkan sebanyak 1 tan barang makanan asas yang dianggarkan bernilai RM7,300.00 bagi peringkat pertama ini dan akan melakukan penghantaran sumbangan seterusnya secara berperingkat. Sumbangan ini kemudiannya akan diselaraskan oleh Sekretariat Food Bank Malaysia sebelum […]

trending_flat

Intipati Sidang Media PM PASCA Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA, 21 DISEMBER 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa sidang Parlimen yang berlangsung baru-baru ini memberi tumpuan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi setelah mendapat mandat yang lebih jelas setelah beliau memperolehi undi percaya yang besar. Katanya dalam satu sidang media semalam, keutamaan juga segi urus tadbir kerajaan yg cekap bagi mengatasi masalah kelulusan permohonan perniagaan supaya lebih pantas. "Kementerian Sumber Manusia dan Dalam Negeri perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan." katanya. Anwar turut memaklumkan bahawa berkenaan soal MA63, Timbalan Perdana Menteri diberi tempoh satu bulan utk memaklumkan status kemajuannya. "Sehingga kini, perkembangan yang jauh lebih baik telah dicapai, termasuklah hak kawal selia gas daripada Petronas dipindahkan kepada kerajaan Negeri Sabah." ujarnya. Anwar turut berkata Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan, manakala Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation