Sesi tertutup bolehkan para peserta luahkan pendapat mereka secara terbuka – KBS
PUTRAJAYA, 28 DISEMBER 2022 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa beberapa sesi dialog awam telah diadakan secara tertutup di antara Menteri KBS Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli bersama lebih 300 atlet dan 100 persatuan sukan. Ianya bagi berkongsi maklum balas mengenai isu-isu berkaitan sukan dan seterusnya membolehkan para peserta meluahkan pendapat mereka secara terbuka. "Semua sesi telah diadakan pada 18 Disember, 22 Disember dan 23 Disember 2022. Sesi pada 18 Disember dihadiri seramai 140 atlet manakala sesi pada 22 Disember dihadiri seramai 180 atlet. Sesi yang dijalankan pada 22 Disember pada sebelah petang pula telah dihadiri oleh 91 badan sukan dan sesi pada 23 Disember, dihadiri oleh 15 badan sukan yang mewakili atlet kurang upaya." kata KBS dalam satu kenyataan hari ini. Menurut KBS, para atlet yang hadir mewakili pelbagai jenis sukan termasuk olahraga, seni mempertahankan diri, […]