trending_flat

Sudut Pidato wajar diwujudkan

KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2023 - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berpendapat bahawa di dalam usaha menghak upayakan instrumen demokrasi, sebuah Sudut Pidato wajar untuk diwujudkan dekat dengan bangunan parlimen. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, kesinambungan rakyat dan wakil rakyat adalah penting dan jurang antara rakyat dan wakil rakyat perlu didekatkan lagi. "Kita tidak boleh nafikan sebelum ini, negara kita berdepan dengan masalah-masalah seperti sekatan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman. Di dalam era Malaysia baru ini, perkara-perkara seperti ini tidak boleh lagi menjadi masalah dan rakyat sewajarnya diberikan kebebasan untuk bersuara dan berhimpun. Dengan adanya sudut ini juga, orang ramai tidak perlu takut untuk mengadakan protes atau himpunan tanpa permit di tempat umum yang berkemungkinan akan mengganggu orang awam atau takut untuk disalah lakukan oleh pihak berkuasa. Kebebasan bersuara adalah adalah sebahagian daripada hak asasi manusia […]

trending_flat

Harga runcit petrol kekal sehingga 11 Januari 2023

 4 JANUARI 2023 - Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh  5 Januari 2023 hingga 11 Januari 2023 adalah ditetapkan seperti berikut: i. harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter; ii. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan iii. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter. Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran. Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta […]

trending_flat

Kerajaan komited memartabatkan isu MA63

PUTRAJAYA, 4 DISEMBER 2023 - Kerajaan telah memutuskan supaya siri rundingan terdahulu berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63) diteruskan di peringkat pegawai untuk tindakan Kementerian dan Agensi, seterusnya akan dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) atau Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof berkata dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini. "Apa yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Jemaah Menteri ialah memperkasakan Platform Perundingan Tertinggi sebagai Platform Agenda Tindakan Pelaksanaan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dan melibatkan Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah. Mesyuarat pertama dijadualkan pada Februari 2023 yang juga akan menjadi lawatan rasmi pertama […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation