trending_flat

Pelaksanaan Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori Dan Moratorium Melibatkan 1,327 Orang Banduan Hukuman Mati

PUTRAJAYA, 10 JANUARI 2023 – Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 telah menggesa Kerajaan untuk mengambil langkah yang sewajarnya supaya banduan hukuman mati seramai lebih kurang 1,327 orang dapat dikecualikan daripada hukuman mati selepas hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan dimansuhkan. Dalam konteks ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), YB Ramkarpal Singh menjelaskan bahawa Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif untuk meneliti dan mengkaji semula cadangan sertapandangan yang telah dikemukakan sebelum ini berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori termasuk syor-syor Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, sesi libat urus dengan agensi Kerajaan yang berkaitan serta pihak CSO/NGO. Beliau turut menegaskan bahawa cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori yang sedang diteliti hendaklah mengambil kira kedudukan semua pihak yang terlibat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan […]

trending_flat

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN CIPTAAN REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2023 - Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, destinasi beli-belah utama Malaysia akan memulakan Tahun Arnab dengan gah melalui ciptaan Replika Arnab Terbesar Malaysia yang diperbuat daripada Syiling Emas, seperti yang diperakui oleh Malaysia Book of Records 2023. Replika terbesar yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade juga menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain. Warna emas yang menyelaputi replika arnab tersebut melambangkan “prosperity” serta “good luck”. “Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan. Untuk menghormati haiwan yang anggun ini dan kebaikan yang diwakilinya, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation