trending_flat

Kuota Haji Malaysia diterima daripada Arab Saudi adalah 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M

PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar berkata bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan oleh Kerajaan Arab Saudi, beliau telah mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabia pada 9 Januari 2023. Katanya dalam satu kenyataan semalam, mesyuarat khas tersebut berlangsung dengan penuh mahabbah khususnya membincangkan aspek persiapan Musim Haji Tahun 1444H/2023M. "Di dalam mesyuarat tersebut, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah telah memuji negara Malaysia khususnya pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi. Saya telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakaljemaah Haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, saya sukacitanya ingin mengumumkan […]

trending_flat

NRECC segera laksanakan titah YDPA

PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi bin Nik Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian yang diterajuinya telah bertindak segera melaksanakan titah Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong seperti yang disiarkan di laman sesawang Malaysiakini pada 7 Januari 2023 bertajuk “King Wants Review Of Cameron Highlands Slope Developments”. Dalam satu kenyataan semalam, Nik Nazmi menjelaskan bahawa pajakan kawasan pertanian seluas 6.475 hektar berkenaan telah diberikan kepada pemaju pada 20 Ogos 2021. Katanya, pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Pahang telah menerima satu surat permohonan ulasan penilaian tapak daripada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) selepas berlakunya kejadian pertama banjir lumpur telah dilaporkan di Perumahan Pekan Kg. Raja yang melibatkan sebuah rumah pada 30 Ogos 2022. Ini diikuti oleh dua lagi kejadian tanah runtuh di kawasan yang sama pada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation