trending_flat

Jurulatih Bola Tampar Yang Terlibat Dalam Insiden Menampar Pemain Dihenti Daripada Aktiviti Kejurulatihan

PUTRAJAYA, 12 Januari 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian khusus terhadap insiden jurulatih bola tampar yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang tular di media sosial baru-baru ini. KBS dan KPM berpendirian senada selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya. Justeru sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk menjadi jurulatih untuk murid sekolah. Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, bahkan belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), seperti yang dipersetujui bersama antara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara dengan persatuan-persatuan sukan […]

trending_flat

Fuziah lancar Aduan Suri dan Peremajaan Semula Saluran Aduan Kepenggunaan KPDN

ALOR SETAR, 12 Januari 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Fuziah Salleh telah melancarkan Aduan Suri dan Peremajaan Semula Saluran Aduan Kepenggunaan KPDN bersempena Karnival Jualan Rahmah di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar, Kedah. Menurut Fuziah dalam satu kenyataan media hari ini, KPDN mengambil langkah untuk melancarkan semula atau re-promoting saluran-saluran aduan kepenggunaan sedia ada dengan menambah baik sistem aduan agar lebih mesra pengguna. "Peremajaan semula semua platform aduan ini diharap dapat disebar luas manfaatnya kepada seluruh masyarakat Malaysia. Pelancaran pada hari ini berfokuskan kepada suri rumahtangga, yang berurusan dengan pembelian barang “keperluan” secara harian, dan berdepan secara langsung dengan sebarang isu kenaikan harga yang melampau serta kekurangan bekalan. Besar hasrat Kementerian melalui pendekatan baharu ini, para suri rumahtangga dapat menjadi mata dan telinga juga rakan strategik Kementerian dalam memberikan maklumat sahih […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation