trending_flat

Fasiliti telekomunikasi di Kelantan diperbaiki

13 JANUARI 2023 - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik. Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Fahmi Fadzil menyatakan bahawa terdapat 1,296 buah menara telekomunikasi di negeri Kelantan, yang mana 100 daripadanya mengalami kerosakan akibat banjir pada tahun 2022. "Alhamdulilah semuanya telah diperbaiki dan berfungsi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut membuat penambaikan pengerasan sebanyak 127 buah menara. Hari ini saya melawat menara telekomunikasi di Bendang Pak Yong Tumpat. SKMM telah menambahbaik menara ini menggunakan konsep Multi Operator Core Network (MOCN), di samping itu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah meninggikan tapak 9 buah sub stesen yang berdekatan bagi memastikan punca bekalan elektrik tidak terjejas akibat banjir." kata Fahmi. Tambahnya, KKD turut mengambil peluang untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir. Katanya, sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asas […]

trending_flat

KPKT Iktiraf Peranan Dan Sokongan Media Melalui Anugerah Kewartawanan Media KPKT 2023

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengiktiraf sokongan media melalui pengumuman Anugerah Kewartawanan KPKT 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre semalam. Seramai 50 orang pengamal media diraikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT dalam majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT, YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan, Agensi di bawah KPKT. YB Tuan Nga Kor Ming (KM), Menteri KPKT berkata, “ Anugerah ini merupakan komitmen KPKT dalam menzahirkan penghargaan kepada golongan wartawan yang memberikan penyampaian maklumat yang sahih, berkualiti dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan. Ini kerana hasil karya berkualiti berupaya menghasilkan impak yang besar kepada pembangunan negara dalam membina ekonomi, perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik negara.” Penganjuran pertandingan yang akan bermula pada bulan Mac ini […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation