trending_flat

Komitmen Perdana Menteri Jayakan MA1963 Melalui Agenda Malaysia Madani Mesti Disokong

PUTRAJAYA, 20 Januari 2023 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyatakan komitmen yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 melalui agenda Malaysia Madani mesti disokong semua pihak, khususnya pimpinan dan rakyat di Sabah dan Sarawak. Menurut Ewon, Malaysia akan meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-60 pada tahun ini selepas Perjanjian Malaysia ditandatangani pada tahun 1963. “Saya meneliti ucapan Perdana Menteri terkait dengan komitmen beliau menjayakan MA1963 dan ia telah diterjemahkan melalui beberapa keputusan segera Kerajaan Persekutuan sebaik beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara. Hari ini beliau sekali lagi menzahirkan komitmen tersebut. “Ini sangat penting kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana kita akan menyambut ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke-60 pada tahun ini. “Malah sebaik sahaja melancarkan agenda Malaysia Madani ini, beliau berlepas ke Sarawak untuk mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Khas […]

trending_flat

KBS berhasrat teruskan Program Skrin Besar – Hannah Yeoh

20 Januari 2023 - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan bahawa program “skrin besar” yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 telah berjaya menarik lebih 150,000 orang pengunjung di 60 lokasi seluruh negara. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, program yang berlangsung pada 7 Januari 2023 dihadiri 62,800 penonton di 17 lokasi tayangan manakala seramai 87,710 orang menyaksikan Separuh Akhir Kedua pada 10 Januari 2023 di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam. "KBS menganjurkan program ini berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan Malaysia vs Thailand, tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou. Kedua-dua program ini mempunyai jumlah peminat yang besar dan kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga. Justeru, KBS telah bertindak pantas dengan mengambil inisiatif menganjurkan Program Skrin […]

trending_flat

KPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Hulu Langat

PUTRAJAYA 20 Januari 2023 - Satu serbuan telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas sebuah premis tanpa nombor yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Jalan Kuari Sungai Long, 43100 Hulu Langat, Selangor pada 19 Januari 2023. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 5.15 petang itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum serbuan. Kata KPDN, ketika serbuan dilakukan, seorang individu lelaki warga tempatan ditemui berada di dalam premis terbabit bersama tiga (3) lagi individu bukan warganegara sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel dalam premis tersebut. "Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 42,000 liter selain sebuah lori 1 tan, pam bermotor, beberapa hos […]

trending_flat

AirAsia catat muatan 100% untuk penerbangan tambahan istimewa pada tambang tetap rendah sempena Tahun Baharu Cina

SEPANG, 20 Januari 2023 - AirAsia catat muatan 100% untuk penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Kuching pada 12.10 pagi hari ini. Para tetamu diraikan dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dan dihantar oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan dan Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia. Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke berkata: “Saya berbesar hati untuk meraikan rakyat Malaysia yang teruja untuk bertemu keluarga mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Satu juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan AirAsia atas dedikasi mereka dalam menjadikan penerbangan pada tambang tetap ini satu realiti dan atas sokongan terhadap inisiatif kerajaan untuk memastikan tambang rendah dan berpatutan semasa musim perayaan. Di sebalik cabaran yang dihadapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AirAsia terus berusaha menjadi syarikat penerbangan untuk semua dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation