trending_flat

Hannah Yeoh akan turun ke Dataran Merdeka beri sokongan kepada pasukan Hoki Malaysia

22 Januari 2023 - Bagi memudahkan para peminat sukan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Sepanyol dalam Piala Dunia Hoki 2023, dua buah skin besar telah disediakan di dua buah lokasi. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga akan turut bersama-sama para peminat menyaksikan perlawanan tersebut di Dataran Merdeka. "Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023. Untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka. Jom!" kata Hannah dalam satu hantaran di halaman sosial media beliau. Perlawanan tersebut akan bermula pada jam 6:45 waktu Malaysia.

trending_flat

FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur akan normal untuk pasaran tempatan bermula bulan ini – MAFS

PUTRAJAYA 21 JANUARI 2023 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan bahawa Menterinya Tuan Haji Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) yang diketuai Encik Tan Chee Hee, Presiden FLFAM pada Khamis, 19 Januari 2023 di Putrajaya. Ia diadakan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur. Beberapa isu yang dibangkitkan FLFAM telah dibincangkan bersama seperti berikut : i. Harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat ii. Keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup iii. Isu aliran tunai di kalangan penternak iv. Jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran. "Dalam pertemuan tersebut FLFAM telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation