trending_flat

Armizan lawat mangsa banjir di Segamat

25 Januari 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah melawat 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Segamat, Johor iaitu PPS Seberang Batu dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek di mana kedua-dua PPS ini telah diaktifkan pada 24 Januari 2023. Menurut Armizan, setakat ini, daerah Segamat di Johor adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 1,392 mangsa daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. "Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir di Johor melibatkan 5 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Batu Pahat dengan jumlah keseluruhan seramai 3,482 mangsa daripada 984 keluarga yang berada di 35 PPS." katanya. Sementara itu, pada 24 Januari 2023, pukul 7.45 malam, NADMA telah menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung Amaran Bahaya yang telah dikeluarkan berhubung bacaan […]

trending_flat

Kerajaan sarankan nama kad visa TNG ditukar elakkan kekeliruan pengguna

PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – Satu sesi libat urus di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, dan wakil Syarikat Touch ‘n Go (TNG) pada hari ini. Menurut KPDN dalam satu kenyataan, pihak TNG telah diarahkan untuk melaksanakan tindakan segera seperti berikut: i. Menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TNG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar; ii. Advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput; iii. Menambahbaik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki; iv. Advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang dimana kad visa diterima. Kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam. Kerajaan […]

trending_flat

Kerajaan Malaysia Wajar Panggil Duta Sweden Dan Belanda Berikan Penjelasan

25 Januari 2023 - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa agar Kerajaan Malaysia memanggil duta Sweden dan Belanda ke Malaysia bagi memberi penjelasan terhadap ahli parlimen berhaluan kanan mereka yang membakar Al Quran dan penghinaan serangan keji seorang anti Islam di The Hague. "Perkara ini amat serius dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan boleh membawa kepada ketidakharmonian agama di seluruh dunia. Nila setitik, rosak susu sebelanga tak mengapa lagi. Ini membakar Al Quran, kalam Allah yang Maha Agong dan amat disanjung oleh umat Islam. Perkara yang tidak dapat diterima oleh orang Islam seluruh dunia. Saya menganggap mereka ini golongan tidak berotak dan bertamadun. Mengangungkan kebebasan bersuara, tetapi langsung tidak berakal dalam membuat sesuatu perkara dan keputusan." kata Muhamad Muqharabbin. Tambah beliau, jangan kerana Islam semakin diterima diseluruh dunia kerana kebenarannya, golongan tersebut mula gusar dan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Santiago Del Estero Prov., Argentina. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

25 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Santiago Del Estero Prov., Argentina pada pukul 2:37 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:37 pagi, 25 Januari 2023Koordinat: 26.7° Selatan 63.2° BaratLokasi: Santiago Del Estero Prov., ArgentinaMagnitud: 6.2Jarak: 804km Tenggara dari Antofagasta,ChileKedalaman: 587 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation