trending_flat

Pemecatan dan penggantungan tidak patuhi proses perundangan – Ismail Sabri

28 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau tidak setuju dengan keputusan pemecatan Khairy Jamaluddin dan penggantungan 6 tahun Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Noh Omar (yang kemudiannya dipecat atas kehendak Tan Sri Noh), Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif (Jempol). Tegas Ismail Sabri, pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip 'natural justice' seperti hak membela diri. "Dalam isu ini tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut. Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan. Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO." kata […]

trending_flat

Armizan turun padang tinjau pengurusan bencana banjir di Kota Marudu

28 Januari 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah berkesempatan melawat PPS yang menempatkan mangsa banjir di daerah Kota Marudu iaitu PPS SMK Tandek yang telah mula beroperasi pada 24 Januari 2023. Bagi episod hujan lebat berterusan kali ini, setakat 27 Januari 2023, daerah Kota Marudu di Sabah adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan merekodkan sebanyak 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS. Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan berkata tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab. Katanya secara keseluruhan, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri. "Seperkara yang menjadi perhatian saya adalah pelaksanaan kali pertama […]

trending_flat

PR1MA Perkasa Pemilikan Rumah Mampu Milik Di Perak

IPOH, 28 Januari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) terus komited memperkasakan pemilikan rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik seluruh negara termasuk di Negeri Perak. Dalam satu kenyataan hari ini, KPKT berkata PR1MA merekodkan bilangan projek dan unit rumah PR1MA yang tertinggi di Perak dengan 13 projek merangkumi 8,383 unit rumah. Katanya, terdapat 10 projek telah disiapkan, satu (1) projek dijangka siap pada suku pertama 2023 manakala dua (2) projek lagi dalam fasa perancangan. "Lebih 6,200 atau 74% unit kediaman telah terjual di Perak dan kempen pemasaran PR1MA Ria untuk beberapa projek perumahan yang berkualiti tinggi antaranya di Lumut, Ipoh dan Kampar giat dipromosikan. Semua projek siap di Perak telah diperakui dengan sijil Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) di bawah skim pembangunan berkualiti CIDB dan enam (6) projek siap di Perak menerima […]

trending_flat

Program Skills For Life bantu golongan belia hadapi cabaran peningkatan kos sara hidup

PUTRAJAYA, 28 Januari 2023 - Bagi membantu golongan belia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan harga barang sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah merancang untuk mengadakan program Skills For Life. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ditemuramah media di Program Skills For Life pada hari ini. Foto oleh IJAI Menurut KBS, program itu sejajar dengan inisiatif Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, terutamanya belia yang merangkumi golongan belia B40, M40, belia berisiko serta belia minoriti. "Program Skills For Life dilaksana oleh ILKBS dengan menawarkan latihan kemahiran asas kepada komuniti, khususnya golongan belia setempat.  Latihan kemahiran asas yang akan diadakan dengan menggunakan kaedah ‘Do It Yourself’ dilaksana pada hujung minggu bulan Februari hingga Mac 2023 ini. Sebanyak 22 aktiviti telah […]

trending_flat

Muqharabbin Letak Jawatan Exco Dan Pemuda Umno Lembah Pantai

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Lembah Pantai Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melepaskan jawatan yang beliau berkuat kuasa serta merta. Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO. "Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini. Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami, tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." tegasnya. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat-sahabat UMNO Malaysia yang bersama saya dalam perjuangan semenjak 2018 hingga kini. "Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara." ujar Muhamad Muqharabbin. Semalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation