trending_flat

PDRM berjaya tumpaskan sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian melalui serbuan yang dijalankan di dua alamat berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur pada 26 Januari 2023. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui serbuan tersebut, empat (4) individu berusia 26 hingga 45 tahun yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua (2) perempuan tempatan serta seorang perempuan pemastautin tetap telah berjaya ditahan. "Turut dirampas adalah enam (6) unit telefon bimbit, dua (2) kad ATM, satu (1) kad akses dan tujuh (7) helai salinan perbualan Whatsapp yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan jual beli barang kemas secara dalam talian. Melalui siasatan yang dilakukan, sindiket ini dipercayai aktif menjalankan penipuan sejak pertengahan tahun 2022. Sindiket ini mewujudkan kumpulan (group) melalui aplikasi Telegram dan Instagram bagi mengiklankan barang kemas dan seterusnya […]

trending_flat

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Tahun 1971/1973 Politeknik Ungku Omar Bersama Mr. Helmut Ullrich

IPOH, 28 Januari 203 – Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama Alumni Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menganjurkan majlis perjumpaan bekas pelajar tahun 1971/1973 bersama Mr. Helmut Ullrich yang merupakan tenaga pengajar PUO pada tahun 1971 hingga 1973. Mr. Ullrich yang berasal dari negara German merupakan tenaga pengajar di Jabatan Elektronik (kini Jabatan Kejuruteraan Elektrik). Beliau telah diberikan penerangan ringkas berkenaan perkembangan PUO. Dalam sesi yang sama, Mr. Ullrich berkongsi pengalaman beliau sepanjang bertugas di Malaysia. Beliau turut dibawa melawat ke sekitar kampus PUO iaitu ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kampus A dan sekitar kampus B. Mr. Ullrich juga berkesempatan beramah mesra bersama-sama pelajar-pelajar PUO yang sedang menghadiri kursus kepimpinan sempena kemasukan pelajar baharu bagi sesi II 2022/2023. Rata-rata bekas pelajar Mr. Ullrich menzahirkan kegembiraan dan penghargaan kepada beliau atas usahanya yang sentiasa meneroka peluang berhubung serta merapatkan persahabatan bersama-bekas-bekas pelajar. PUO […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation