trending_flat

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat

27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW hari ini, setakat 26 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,299,287 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Manakala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 770,149. Jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 171 kes tempatan dan 1 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,035,377. Sebanyak 3 kes kematian (BID) baharu harian direkodkan setakat 26 Januari 2023, 11:59 pm. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah 36,936. Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 26 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 325. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,988,814.

trending_flat

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua meningkat

26 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW hari ini, setakat 25 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,298,461 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Manakala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 765,888. Jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 130 kes tempatan dan 2 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,035,205. Sebanyak 1 kes kematian baharu harian direkodkan setakat 25 Januari 2023, 11:59 pm. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah 36,933. Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 25 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 346. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,988,489,143.

trending_flat

Pemerkasaan TVET antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB

PUTRAJAYA, 26 Januari - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited menyediakan ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang kukuh sebagai teras utama kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW, melalui ekosistem TVET yang kukuh, beliau percaya ia akan meningkatkan lagi keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan untuk melonjakkan modal insan berkemahiran tinggi dalam masyarakat. "Pemerkasaan TVET ini antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat MEXCLUB kali ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai antara pilihan utama pendidikan dan kerjaya belia luar bandar selain menyentuh program-program berimpak tinggi TVET@KKDW. Sebagai contoh, program TVET Komuniti adalah sebahagian inisiatif TVET yang berbentuk kemasyarakatan untuk dibudayakan secara meluas di seluruh negara. Ini termaksuklah juga, program TVET Junior, Program TVET Tahfiz, Program TVET Aras Tinggi, Program Teknousahawan TVET, Program Pendigitalan TVET yang akan menjadi […]

trending_flat

Armizan lawat mangsa banjir di Segamat

25 Januari 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah melawat 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Segamat, Johor iaitu PPS Seberang Batu dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek di mana kedua-dua PPS ini telah diaktifkan pada 24 Januari 2023. Menurut Armizan, setakat ini, daerah Segamat di Johor adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 1,392 mangsa daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. "Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir di Johor melibatkan 5 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Batu Pahat dengan jumlah keseluruhan seramai 3,482 mangsa daripada 984 keluarga yang berada di 35 PPS." katanya. Sementara itu, pada 24 Januari 2023, pukul 7.45 malam, NADMA telah menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung Amaran Bahaya yang telah dikeluarkan berhubung bacaan […]

trending_flat

Kerajaan sarankan nama kad visa TNG ditukar elakkan kekeliruan pengguna

PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – Satu sesi libat urus di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, dan wakil Syarikat Touch ‘n Go (TNG) pada hari ini. Menurut KPDN dalam satu kenyataan, pihak TNG telah diarahkan untuk melaksanakan tindakan segera seperti berikut: i. Menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TNG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar; ii. Advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput; iii. Menambahbaik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki; iv. Advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang dimana kad visa diterima. Kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam. Kerajaan […]

trending_flat

Kerajaan Malaysia Wajar Panggil Duta Sweden Dan Belanda Berikan Penjelasan

25 Januari 2023 - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa agar Kerajaan Malaysia memanggil duta Sweden dan Belanda ke Malaysia bagi memberi penjelasan terhadap ahli parlimen berhaluan kanan mereka yang membakar Al Quran dan penghinaan serangan keji seorang anti Islam di The Hague. "Perkara ini amat serius dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan boleh membawa kepada ketidakharmonian agama di seluruh dunia. Nila setitik, rosak susu sebelanga tak mengapa lagi. Ini membakar Al Quran, kalam Allah yang Maha Agong dan amat disanjung oleh umat Islam. Perkara yang tidak dapat diterima oleh orang Islam seluruh dunia. Saya menganggap mereka ini golongan tidak berotak dan bertamadun. Mengangungkan kebebasan bersuara, tetapi langsung tidak berakal dalam membuat sesuatu perkara dan keputusan." kata Muhamad Muqharabbin. Tambah beliau, jangan kerana Islam semakin diterima diseluruh dunia kerana kebenarannya, golongan tersebut mula gusar dan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Santiago Del Estero Prov., Argentina. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

25 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Santiago Del Estero Prov., Argentina pada pukul 2:37 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:37 pagi, 25 Januari 2023Koordinat: 26.7° Selatan 63.2° BaratLokasi: Santiago Del Estero Prov., ArgentinaMagnitud: 6.2Jarak: 804km Tenggara dari Antofagasta,ChileKedalaman: 587 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation