trending_flat

Belanjawan 2023 Akan Utamakan Pemacuan Pertumbuhan Ekonomi Yang Berhemat

PUTRAJAYA 3 Februari 2023 - Walaupun Kerajaan mewarisi beban hutang yang tinggi dan ekonomi berhadapan ketidaktentuan prospek ekonomi global, Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bersidang buat kali pertama pada tahun ini menekankan bahawa Kerajaan akan mengambil pendekatan bertanggungjawab dalam merangka Belanjawan 2023 yang akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat Malaysia. Dalam satu kenyataan semalam, Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa pada tahun 2022, hutang dan liabiliti Kerajaan hampir menjangkau RM1.5 trilion atau lebih 80% daripada KDNK dengan nisbah khidmat hutang dijangka akan melebihi 15% daripada hasil. "Pertumbuhan global juga dijangka menyederhana pada tahun 2023. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa prospek ekonomi dunia bakal merosot dengan kebanyakan negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi. Maka, Belanjawan 2023 akan mencerminkan pertanggungjawaban Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan pertumbuhan, pengagihan saksama dan keadilan sosial. Ini adalah selaras […]

trending_flat

Industy Education Centre (IEC) Sebagai Pusat Sehenti Kepada Pihak Industri

PORT DICKSON, 3 Februari 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menyambut baik seruan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 2 Februari lalu yang menggesa kerjasama pihak swasta dan industri bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasakan TVET negara. Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, sebagai penyedia utama TVET di negara ini, Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) bersedia memperkukuh kerjasama dengan pihak industri dengan membuka lebih banyak ruang khususnya dalam menggalakkan perkongsian teknologi dan mempersiapkan para pelajar bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir. “Di POLYCC, kita mempunyai Centre of Technology (COT) dan Industry on Campus (IOC) yang bertujuan memperkenalkan teknologi industri secara langsung kepada pelajar, namun kita percaya, masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memperkukuh fungsi dan peranannya,” ujarnya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation