trending_flat

Lembaga Tabung Angkatan Tentera adakan kunjungan hormat kepada Abang Johari

KUCHING, 9 Februari 2023 - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, di sini, pagi semalam. Tujuan kunjungan hormat yang diketuai Ketua Eksekutif LTAT Dato’ Nazim Othman tersebut adalah untuk membincangkan ruang kerjasama luas dalam aktiviti pelaburan bersama kerajaan negeri Sarawak. Untuk rekod, LTAT telahpun mempunyai hubungan pelaburan langsung dan tidak langsung dengan kerajaan Sarawak sama ada pelaburan masuk atau pelaburan keluar melibatkan rakan strategik di negeri ini. LTAT tertarik dengan polisi ekonomi Sarawak yang berpandangan jauh dan berwawasan seperti kelestarian alam sekitar, ekonomi hijau, ekonomi digital dan sebagainya. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pelaburan Fitri Othman dan Pengarah Kanan Strategi Dayana Rogayah Omar.

trending_flat

KPKT Sasarkan Pencapaian Kadar 45% Pengurangan Carbon Footprint Menjelang Tahun 2030 Melalui Pelaksanaan Inisiatif Hijau Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 9 Februari 2023 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melancarkan Inisiatif Hijau Cameron Highlands. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan bertempat di Zenith Hotel, Cameron Highlands. Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Johari bin Harun, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang; YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) KPKT; Tuan Ir. Zulkifli bin Tamby Chik, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp dan Mr. Takizawa Masahiko, Pengarah Japan International Cooperation Agency Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh seramai 400 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi-agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, NGO, IPTA/IPTS, wakil industri, pengusaha industri perhotelan, pertubuhan peladang dan jawatankuasa perwakilan penduduk di Cameron […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation