Pembekalan petrol dan diesel tanpa subsidi kepada kenderaan pendaftaran asing, langkah KPDN tangani ketirisan subsidi
PADANG BESAR, 15 Februari 2023 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah merasmikan Projek Rintis berkaitan Pembekalan Minyak Petrol RON 95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Padang Besar, Perlis. Dalam ucapan perasmiannya, Salahuddin berkata isu ketirisan subsidi menjadi topik hangat yang dilaporkan saban tahun. Katanya walaupun pelbagai usaha penguatkuasaan dalam menangani ketirisan atau penyelewengan minyak petrol dan diesel giat dilaksanakan, namun aktiviti penyeludupan produk petroleum ini tetap berleluasa dilaksanakan dengan bermacam modus operandi dan kaedah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub. Foto oleh UKK KPDN "Pada tahun 2022, KPDN telah merekodkan 43 tangkapan kes melibatkan penyeludupan petrol RON95 dan diesel di Perlis dengan nilai rampasan berjumlah RM100,611.00. Dalam usaha menangani ketirisan subsidi ini, KPDN mengambil inisiatif melancarkan pembekalan minyak petrol dan diesel tanpa subsidi […]