trending_flat

Kolaborasi TNB dan PLUS Sedia 18 Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron Di 9 R&R Sepanjang Lebuh Raya

AYER KEROH, 16 Februari 2023 - Pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan rangkaian Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menikmati perjalanan yang lebih selesa apabila 18 kemudahan pengecas TNB Electron disediakan kepada mereka menjelang hujung tahun ini, hasil kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PLUS dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Pada ketika ini, kemudahan pengecas TNB Electron disediakan di 3 buah R&R iaitu Ayer Keroh (Arah Utara), Tapah (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Enam lagi TNB Electron sedang dibangunkan di R&R Machap (Arah Selatan), Rawang (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Gurun (Arah Utara dan Selatan) dan Paka (Arah Selatan) yang dijangka siap pada tahun ini. Kolaborasi TNB dan PLUS ini adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju negara neutral karbon. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. […]

trending_flat

Menu RAHMAH : Menteri KKR usulkan kepada PLUS

KUALA LUMPUR 15 Februari 2023 - Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi telah memanggil kesemua 32 buah syarikat konsesi serta pemegang taruh pemain industri lebuh raya bertol di Malaysia bagi mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuhraya atau Multi Lane Fast Flow (MLFF). Menurut Nanta dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, secara keseluruhannya, kesemua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF ini dan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian servis terbaik kepada pengguna. Kata Nanti lagi, maklumat lanjut akan beliau kongsikan dalam masa terdekat. Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan kepada program Menu Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, Nanta telah mengusulkan kepada pihak PLUS untuk bersama-sama dengan Kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. "PLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan itu […]

trending_flat

Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas dua (2) buah premis yang merupakan syarikat pengedar alat ganti kenderaan di sekitar Batu Caves, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Februari 2023. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 3,043 unit alat ganti kenderaan iaitu penapis minyak kenderaan, penapis angin kenderaan dan tali sawat kenderaan yang menggunakan jenama Hyundai dan KIA yang disyaki tiruan. Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan semalam, kesemua alat ganti tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 240,792.00. "Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan dua (2) orang individu lelaki, warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik kedua-dua premis terbabit, berumur lingkungan lewat 30 dan 40-an untuk membantu siasatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation