PUSAKA hargai peranan media Sarawak
KUCHING, 20 Februari – Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) hargai peranan media Sarawak dalam memasarkan informasi berkaitan industri perkayuan di negeri ini menerusi penganjuran Pertandingan Persahabatan 10-Pin Boling PUSAKA-Media 2023 di Megalanes Emart Bowling Centre, MJC Batu Kawa di sini, semalam. Sebanyak 11 Agensi berdaftar seperti Rancangan Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (Bernama), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Utusan Borneo, Suara Sarawak, New Sarawak Tribune, The Borneo Post, dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu seramai 100 peserta terlibat terdiri daripada kakitangan PUSAKA serta pengamal media Sarawak telah menyertai pertandingan tersebut dan ia telah dirasmikan oleh Pengurus Besar PUSAKA, Datuk Hashim Bojet. Pada sebelah malam pula, PUSAKA turut menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Media 2023 sebagai sebuah penghargaan terhadap barisan media yang bersamasama mempromosikan aktiviti, program serta perancangan PUSAKA dalam mengurus sumber hutan agar industri perkayuan lebih terancang, […]