trending_flat

Restoran Marrybrown tawarkan Menu RAHMAH

JOHOR BAHRU, 25 Februari 2023 - Restoran Marrybrown yang merupakan antara rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas atau QSR (Quick Service And Fast Casual) utama di Malaysia telah menjadi restoran makanan segera halal tempatan pertama yang telah melancarkan “Menu RAHMAH” di negara ini. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan hari ini, Menu RAHMAH itu ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH Burger Ayam atau Menu RAHMAH Nasi Kari dan disertakan dengan sebotol air minuman dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. "Hidangan tersebut boleh dibeli bermula pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam setiap hari di lebih 200 cawangan Marrybrown seluruh negara kecuali di semua cawangan Marrybrown di lapangan terbang dan juga taman tema Genting." katanya. Dalam pada itu, Menterinya Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, […]

trending_flat

KKR terima kenaikan 15% dalam Belanjawan 2023

KUALA LUMPUR 25 Februari 2023 - Pengumuman Belanjawan 2023 semalam disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Secara keseluruhan, kementerian tersebut menerima RM8.439 bilion peruntukan bagi tahun 2023, iaitu kenaikan 15 % berbanding RM7.306 bilion yang diterima pada tahun 2022. Menurut KKR dalam satu kenyataan hari ini, jumlah bajet mengurus KKR yang diluluskan adalah sebanyak RM865.27 juta iaitu kenaikan sebanyak 5.07% berbanding RM823 juta yang diterima untuk tahun 2022. "Manakala bajet pembangunan tahun 2023 yang diluluskan adalah sebanyak RM7.573 bilion berbanding RM6.483 bilion pada tahun 2022. Menerusi bajet 2023 Kerajaan komited meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak Sabah Link Road yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion ringgit dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer." kata KKR. Bajet 2023 menyaksikan usaha Kerajaan menyegerakan projek penyenggaraan prasarana infrastruktur rakyat melibatkan: 1. Peruntukan RM2.7 bilion ringgit untuk menyenggara […]

trending_flat

Perjawatan Maritim Malaysia Dijangka Diisi Sepenuhnya menjelang 2026

KUANTAN, 25 Februari 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) telah menjayakan latihan asas kepada 788 pegawai dan 2,528 pegawai lain-lain pangkat penguatkuasa Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (ASMAS), Kuantan Pahang sejak ia mula beroperasi pada 2 Mac 2013. Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato’ Haji Ruji bin Haji Ubi berkata sempena Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 yang diadakan pada hari ini, seramai 78 orang pelatih terdiri daripada 61 elaki dan 17 wanita telah berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan di akademi ini. Daripada jumlah berkenaan, Maritim Malaysia kini telah mengisi perjawatan sebanyak 90.76% daripada jumlah perjawatan yang diluluskan. Beliau turut menjangkakan sebanyak 490 perjawatan yang masih belum diisi akan dipenuhi menjelangtahun 2026. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation