trending_flat

Kolaborasi TNB dan PLUS Sedia 18 Kemudahan Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron Di 9 R&R Sepanjang Lebuh Raya

AYER KEROH, 16 Februari 2023 - Pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan rangkaian Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menikmati perjalanan yang lebih selesa apabila 18 kemudahan pengecas TNB Electron disediakan kepada mereka menjelang hujung tahun ini, hasil kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PLUS dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Pada ketika ini, kemudahan pengecas TNB Electron disediakan di 3 buah R&R iaitu Ayer Keroh (Arah Utara), Tapah (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Enam lagi TNB Electron sedang dibangunkan di R&R Machap (Arah Selatan), Rawang (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Gurun (Arah Utara dan Selatan) dan Paka (Arah Selatan) yang dijangka siap pada tahun ini. Kolaborasi TNB dan PLUS ini adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju negara neutral karbon. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. […]

trending_flat

Menu RAHMAH : Menteri KKR usulkan kepada PLUS

KUALA LUMPUR 15 Februari 2023 - Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi telah memanggil kesemua 32 buah syarikat konsesi serta pemegang taruh pemain industri lebuh raya bertol di Malaysia bagi mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuhraya atau Multi Lane Fast Flow (MLFF). Menurut Nanta dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, secara keseluruhannya, kesemua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF ini dan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian servis terbaik kepada pengguna. Kata Nanti lagi, maklumat lanjut akan beliau kongsikan dalam masa terdekat. Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan kepada program Menu Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, Nanta telah mengusulkan kepada pihak PLUS untuk bersama-sama dengan Kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. "PLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan itu […]

trending_flat

Penemuan alat ganti kenderaan tiruan dalam serbuan oleh KPDN, nilai rampasan lebih RM200 ribu

PUTRAJAYA, 15 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas dua (2) buah premis yang merupakan syarikat pengedar alat ganti kenderaan di sekitar Batu Caves, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Februari 2023. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 3,043 unit alat ganti kenderaan iaitu penapis minyak kenderaan, penapis angin kenderaan dan tali sawat kenderaan yang menggunakan jenama Hyundai dan KIA yang disyaki tiruan. Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan semalam, kesemua alat ganti tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 240,792.00. "Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan dua (2) orang individu lelaki, warga tempatan yang mengaku sebagai pemilik kedua-dua premis terbabit, berumur lingkungan lewat 30 dan 40-an untuk membantu siasatan […]

trending_flat

Pembekalan petrol dan diesel tanpa subsidi kepada kenderaan pendaftaran asing, langkah KPDN tangani ketirisan subsidi

PADANG BESAR, 15 Februari 2023 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah merasmikan Projek Rintis berkaitan Pembekalan Minyak Petrol RON 95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Padang Besar, Perlis. Dalam ucapan perasmiannya, Salahuddin berkata isu ketirisan subsidi menjadi topik hangat yang dilaporkan saban tahun. Katanya walaupun pelbagai usaha penguatkuasaan dalam menangani ketirisan atau penyelewengan minyak petrol dan diesel giat dilaksanakan, namun aktiviti penyeludupan produk petroleum ini tetap berleluasa dilaksanakan dengan bermacam modus operandi dan kaedah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub. Foto oleh UKK KPDN "Pada tahun 2022, KPDN telah merekodkan 43 tangkapan kes melibatkan penyeludupan petrol RON95 dan diesel di Perlis dengan nilai rampasan berjumlah RM100,611.00. Dalam usaha menangani ketirisan subsidi ini, KPDN mengambil inisiatif melancarkan pembekalan minyak petrol dan diesel tanpa subsidi […]

trending_flat

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM 1.7 juta ringgit untuk Program Pendigitalan Usahawan dengan menyasarkan seribu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka. Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata, inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce). Modul latihan program Pendigitalan Usahawan Desa Desamall ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan. Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. Kredit Foto UKK KKDW "Kita lihat pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk dan khidmat dalam strategi penjenamaan." […]

trending_flat

PLANETMAHIR Lancar Aplikasi Kecerdasan Buatan (Ai), Sedia Ke Pasaran Global

PETALING JAYA, 14 Februari 2023 - Planetmahir Sdn Bhd, syarikat penyedia platform pendidikan digital melangkah ke Fasa Dua pengembangan syarikat dengan pengenalan Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi platformnya. Manakala program MAHIR Tutor A Level, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) serta kurikulum persekolahan Indonesia, Singapura dan Brunei akan mula ditawarkan tahun ini, menandakan kemasukan Planetmahir ke pasaran pendidikan global. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, pengenalan Aplikasi AI dan penerokaan ke pasaran pendidikan global itu menandakan bermulanya fasa dua syarikat itu yang dikenali sebagai Planetmahir 2.0. Ketua Pegawai Eksekutif PLANET MAHIR Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir "Planetmahir ketika ini merupakan pemimpin pasaran dalam industri pendidikan dan latihan di mana kami kini telah bersedia untuk memasuki pasaran global menerusi pengenalan aplikasi Kecerdasan Buatan yang dilancarkan hari ini serentak dengan fasa peralihan ‘Planetmahir 2.0’. Kami […]

trending_flat

Premier terima kunjungan hormat Presiden PETRONAS

KUCHING, 14 Februari – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk memberi taklimat ringkas perkembangan terbaharu usaha dan kerjasama di antara PETRONAS dengan Kerajaan Sarawak. Tengku Muhammad memaklumkan segala aktiviti yang dilaksanakan bersama berjalan dengan baik bermula di peringkat awalan, pertengahan, akhiran dan kini ke arah kelestarian tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan petrokimia. Selain PETRONAS, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Dekan Bersekutu, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti of Melbourne, Mathew Greenwood-Nimmo. Mathew yang ditemui media berkata, tujuan kunjungan itu adalah untuk menjalin kerjasama antara Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dengan Universiti of Melbourne bagi mengadakan program mempertingkatkan latihan perkhidmatan awam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation