trending_flat

Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang akan dilaksanakan

6 FEBRUARI 2023 - Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (Subang Airport Regeneration Plan, SARP) yang disediakan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (Malaysia Airports) berasaskan hala tuju dasar Kerajaan Malaysia akan dilaksanakan. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, pada 2hb Februari lepas beliau telah membentangkan SARP kepada Jemaah Menteri dan cadangan pembangunan tersebut telah mendapat kelulusan selepas mengambil kira pertimbangan yang teliti. Pembangunan LTSAAS tersebut akan memberi fokus terhadap pembangunan Aerospace Ecosystem, General Aviation/Business Aviation (GA/BA) dan city airport/secondary airport. Sehubungan dengan itu, ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS melibatkan tujuh (7) komponen i) pusat industri aeroangkasa, ii) pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (maintenance, repair and overhaul – MRO), iii) pusat penyelidikan dan pembangunan, iv) operasi penerbangan am (GA), v) operasi penerbangan bisnes (BA), vi) urban air mobility (UAM) dan vii) operasi penerbangan […]

trending_flat

Pantau harga sayur : KPDN gerakkan lebih 2 ribu Pegawai Penguatkuasa

PUTRAJAYA, 5 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa seramai 2,200 Pegawai Penguatkuasa telah digerakkan setiap hari bagi melaksanakan pemeriksaaan harga di premis-premis seluruh negara termasuk premis yang menjual sayur-sayuran merangkumi pasar awam, kedai runcit, pasar raya-pasar raya serta premis-premis lain di bandar mahupun luar bandar. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini, pemeriksaan dan pemantauan yang dilaksanakan turut mengambil kira elemen-elemen penguatkuasaan yang tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Ops Pasar. Ops Pasar ini telah difokuskan bagi menangani kenaikan harga sayuran dari sasaran sebelum ini ke atas barang keperluan perayaan. Kata Azman, bagi pelaksanaan Ops Pasar, sebanyak 296 jenis barangan telah diperiksa bagi tujuan siasatan antipencatutan. Daripada jumlah barangan terbabit, sebanyak 60 notis telah dikeluarkan bagi tujuan analisis dan siasatan kenaikan […]

trending_flat

Julau Life Care Society berjaya kutip 36 beg darah

Berita Oleh Siti Rahimah Ajis @ Abdul Ajis (JaPen Julau) JULAU, 5 Februari – Kempen menderma darah Daerah Julau anjuran Julau Life Care Society berjaya mengutip 36 beg darah dan mendaftarkan seramai 36 orang penderma dalam kempen menderma darah yang diadakan di Market MDMJ Julau, pagi semalam. Julau Life Care Society telah bermula pada tahun 2006 beroperasi di lapan lokasi lain di beberapa buah tempat seperti di Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Kapit. Para petugas kesihatan sedang memeriksa penderma darah. Foto: Chong Fei Foo (JaPen Julau) Menurut pengerusinya, Ngieng Sii Ping, program tersebut telah berlangsung seawal jam 9 pagi hingga 12.20 tengah hari. Sii Ping memberitahu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan. Beliau turut menyeru semua generasi agar tidak takut menderma darah bagi melindungi diri sendiri dan […]

trending_flat

SABERKAS bantu tingkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi

Berita Oleh: Mohd Saufi Omar (JaPen Kapit) KAPIT, 5 Februari 2023 - Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dilihat dapat membantu meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi. Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam sempena Program Siri Jelajah Lawatan dan ‘Outreach’ Suku Kedua SABERKAS di Kapit. Dato Seri Alexander Nanta Linggi semasa memberikan ucapan. Foto Oleh : Daniel Jong (JaPen Kapit) "Ekonomi merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah negara dan wanita memainkan peranan yang penting dalam aktiviti ekonomi negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif," ujarnya lagi. Beliau turut menekankan, wanita bukan lagi hanya pendukung dan penyokong kepada keputusan yang diambil oleh kaum lelaki, namun wanita juga boleh terlibat dalam membuat keputusan dasar dalam pelbagai bidang sejajar dengan arus globalisasi masakini. Nanta juga mengucapkan syabas kepada 150 orang peserta program yang terdiri […]

trending_flat

Isu pengeluaran KWSP akan dibawa ke Parlimen – Ismail Sabri

4 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabat beliau. Menurut Ismail Sabri dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasminya semalam, pertubuhan tersebut telah menyerahkan memorandum pengeluaran KWSP bagi menuntut pengeluaran secara bersasar untuk menangani kos sara hidup yang semakin meninggi. "Terima kasih Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin atas pertemuan ini dan diharapkan terus menjadi mata dan telinga rakyat dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat di negara ini. InsyaAllah saya akan bangkitkan isu ini sewaktu perbahasan di Parlimen yang akan berlangsung mulai pertengahan bulan Februari ini." kata Ismail Sabri.

trending_flat

Malaysia dan Singapura perbaharui kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital

PUTRAJAYA, 4 Februari 2023 - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat, PYT Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura pada hari ini bagi membincangkan dengan lebih mendalam hala tuju kerjasama Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital selain bidang komunikasi. Kata Fahmi dalam satu kenyataan semalam, Malaysia dan Singapura baru sahaja memperbaharui kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Januari 2023 di Singapura, sekaligus menyediakan platform kepada agensi-agensi di kedua-dua negara memulakan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital. "Antara kerjasama yang dirangka adalah perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik antara Malaysia dan Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih […]

trending_flat

Belanjawan 2023 Akan Utamakan Pemacuan Pertumbuhan Ekonomi Yang Berhemat

PUTRAJAYA 3 Februari 2023 - Walaupun Kerajaan mewarisi beban hutang yang tinggi dan ekonomi berhadapan ketidaktentuan prospek ekonomi global, Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bersidang buat kali pertama pada tahun ini menekankan bahawa Kerajaan akan mengambil pendekatan bertanggungjawab dalam merangka Belanjawan 2023 yang akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat Malaysia. Dalam satu kenyataan semalam, Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa pada tahun 2022, hutang dan liabiliti Kerajaan hampir menjangkau RM1.5 trilion atau lebih 80% daripada KDNK dengan nisbah khidmat hutang dijangka akan melebihi 15% daripada hasil. "Pertumbuhan global juga dijangka menyederhana pada tahun 2023. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa prospek ekonomi dunia bakal merosot dengan kebanyakan negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi. Maka, Belanjawan 2023 akan mencerminkan pertanggungjawaban Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan pertumbuhan, pengagihan saksama dan keadilan sosial. Ini adalah selaras […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation