trending_flat

RM7.3 Juta Nilai Rampasan Seminggu OP Khas Pagar Laut

PUTRAJAYA, 18 April 2023 - Sejumlah RM7.3 juta nilai rampasan keseluruhan telah direkodkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hasil daripada 18 kes tangkapan melalui Op Pagar Laut yang dilaksanakan bermula 9 April lalu hingga semalam. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), merangkap pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 6 kes melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terdiri daripada 16 orang pelbagai warga negara, 3 kes penyeludupan kontraband rokok, 3 kes pencerobohan bot nelayan asing (BNA), 1 kes penyeludupan barang kawalan minyak masak serta 5 kes berkaitan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952). Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan menambah kejayaan ini adalah hasil rutin rondaan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh 800 pegawai dan anggota penguat kuasa yang telah ditugaskan dalam operasi ini disamping 45 buah pelbagai aset milik agensi ini. […]

trending_flat

20 Juta Kampit Simen Rahmah bantu Kurangkan Beban Kos Harga Rumah

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Inisiatif Skim Simen Rahmah untuk pemajuan rumah mampu milik dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) dan pemaju perumahan swasta. Inisiatif ini melibatkan harga rumah dalam kategori rumah mampu milik iaitu yang berharga RM300,000.00 dan ke bawah untuk kumpulan sasaran B40 dan M40. Dalam siaran media hari ini, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan - YB Nga Kor Ming berkata , C&CA telah menawarkan 1 juta tan metrik simen pukal (bulk cement) dengan harga RM290.00 setiap tan metrik berbanding harga pasaran semasa iaitu RM410.00 setiap tan metrik. Penurunan ini adalah sebanyak RM120.00 setiap tan metrik bersamaan insentif sebanyak 29.3% daripada pembekal simen. Nilai 1 juta tan metrik simen ini akan ditukarkan kepada 20 juta kampit simen standard dengan berat 50 kilogram. Pada masa ini, nilai harga […]

trending_flat

Kementerian Perpaduan Negara lancar Program Kembara Perpaduan @ Kampus

SHAH ALAM, 17 April 2023 - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan Program Kembara Perpaduan @ Kampus, bertempat di Dewan Kuliah 500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam semalam. Menurut KPN dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, belia memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sesebuah negara. "Sumbangan dan penyertaan belia sangat diperlukan khususnya dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI. Bertepatandengan aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian telah mengambil langkah proaktif dalam mempertingkat penglibatan belia melalui inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara mulai Disember 2022 berperanan untuk melahirkan pemimpin sukarelawan dalam kalangan mahasiswa yang merupakan salah satu usaha ke arah membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia khususnya dan rakyat Malaysia amnya. YSS kini merupakan salah satu (1) jentera di bawah KPN yang bertindak untuk membantu KPN dalam menggerakkan program Kementerian dan Jabatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation