trending_flat

UMNO Kedah Cadangkan Sambutan Hari Songkran Dimasukkan Dalam Kalendar Tahunan Pelancongan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 13 April - UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri memasukkan Hari Songkran yang disambut pada hari ini setiap tahun oleh masyarakat Siam ke dalam kalendar tahunan pelancongan negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sambutan Hari Songkran sememangnya mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dijadikan daya tarikan pelancong. "Kedah di bawah Kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf sumbangan dan sokongan masyarakat Siam dalam kemajuan, pembangunan serta keamanan negeri Kedah khasnya dan negara Malaysia amnya. Justeru, UMNO Kedah menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang melihat kepada kepentingan sumbangan masyarakat Siam di negeri ini dari segi kepentingan eko-pelancongan menerusi budaya dan adat resam mereka iaitu sambutan Hari Songkran", katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Jelas Mahdzir, sumbangan masyarakat Siam di negeri itu tidak boleh dipinggirkan sama sekali walaupun jumlahnya minoriti berbanding kaum lain. Ini kerana masyarakat Siam […]

trending_flat

Agenda Perumahan Malaysia Madani Terus Diperkasa Melalui Pembinaan 56,002 Unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) Di Seluruh Negara

PUTRAJAYA, 13 APRIL 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi negeri Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan pada hari ini. Majlis penyerahan surat tawaran dan kunci rumah RMR ini juga turut berlangsung di seluruh negara melibatkan seramai 180 penerima secara keseluruhannya. Program RMR merupakan salah satu program yang diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Sejak RMR diperkenalkan bermula tahun 2002 sehingga bulan Mac 2023, SPNB telah berjaya membina sebanyak 56,002 unit RMR di seluruh negara. Kerajaan juga turut memperuntukkan sebanyak RM358 juta bagi membina 4,250 unit RMR di seluruh negara. Bagi menangani isu peningkatan harga barang asas binaan yang […]

trending_flat

Kolej Komuniti Selayang Hayati 10 Hari Terakhir Ramadhan Dengan Quran Hour

Selayang, 13 April 2023 – Gemaan bacaan Surah Al-Insan secara hibrid yang diketuai pelajar Operasi Perhotelan, Muhammad Aiman Hakim bin Norzainiz, diseluruhKolej Komuniti Selayang (KKSY) bagi menghayati 10 hari terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan umat Islam telah dilaksanakan bersempena #WorldQuranHour tahun 2023 yang dijalankan secara serentak seluruh dunia. Penganjuran KKSY #QuranHour peringkat institusi tahun kelima ini dijalankan agar ia dapat mendidik para pelajar dan warga kerja KKSY dengan akhlak al-Quran dan mengangkat martabat al-Quran untuk dijadikan amalan kepada semua. Ia dilaksanakan supaya amalan ini diaplikasikan bukan sekadar hanya membaca kalam Allah SWT, malah setiap individu di institusi dapat memahami dan mengamalkan al-Quran dalam membina akhlak diri yang baik untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Bacaan al-Quran yang berlangsung selama satu (1) jam ini menyaksikan semua pelajar dan warga kerja KKSY mendalami surah Al-Insan yang menekankan tentang manusia yang telah diciptakan Allah SWT dan […]

trending_flat

Cubaan Seludup Masuk 4.8 Juta Batang Rokok Kretek Pelbagai Jenama Gagal

KUALA LINGGI, 13 April 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan cubaan seludup sejumlah 4.8 juta batang rokok kretek pelbagai jenama di perairan muara Tanjung Gabang, Selangor sempena Op Khas Pagar Laut di sini kelmarin. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, hasil risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) mendapati sebuah bot pancung dengan enam buah enjin 200 kuasa kuda bergerak dalam keadaan mencurigakan di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) ke Tanjung Gabang pada pukul 10.20 malam. “Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, suspek dilaporkan bertindak memecut laju untuk meloloskan diri dan berlaku kejar-mengejar selama hampir 30 minit sehingga bot pancung berkenaan memasuki kawasan paya bakau. Setelah menghampiri bot berkenaan pada kedudukan 0.05 batu nautika barat laut muara Tanjung Gabang, Selangor, pihak […]

trending_flat

Laporan “Double-Six Tragedy” boleh dimuat turun

12 April 2023 - Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook (Anthony Loke) memaklumkan bahawa proses untuk menyahklasifikasikan Laporan Siasatan Akhir Kemalangan Udara Pesawat Sabah Air Nomad N-22B 9M-ATZ yang berlaku pada 6hb Jun 1976 “Double-Six Tragedy”) telah selesai pada 6hb April 2023. Menurut Anthony dalam satu kenyataan media hari ini, sebagai Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab ke ataspenerbangan awam dan siasatan kemalangan udara, beliau telah mengelaskan semula laporan siasatan akhir tersebut sebagai dokumen terbuka dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972. "Mulai hari ini, laporan lengkap tersebut dapat dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia di :Https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad. Untuk makluman, laporan siasatan akhir kemalangan udara Nomad N22B 9M-ATZ disiapkan pada 25hb Januari 1977 dan kemudian dibentangkan ke Jemaah Menteri pada bulan Mac 1977. Namun begitu, hasil siasatan laporan tersebut tidak pernah diumumkan. Oleh demikian, selama […]

trending_flat

2,800 Bingkisan Raya diagihkan kepada Anggota Maritim Malaysia yang Bertugas Menjelang Syawal

PUTRAJAYA, 12 April 2023 - Sebanyak 2,800 bingkisan raya telah diperuntukkan oleh Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Maritim Malaysia untuk diagihkan kepada pegawai dan kakitangan agensi ini yang akan bertugas pada Syawal nanti. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang kini memangku sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sumbangan ini disediakan sebagai menzahirkan sokongan moral kepada warga Maritim Malaysia yang akan bertugas sempena Aidilfitri nanti. “Mengenangkan keadaan inilah, Ibu Pejabat melalui PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bingkisan raya kepada warga Maritim Malaysia yang akan bertugas menjaga perairan negara menjelang Syawal nanti.” Beliau berkata demikian pada ucapan sempena Majlis Penyerahan Bingkisan Raya di sini hari ini. Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim […]

trending_flat

JANM komited mantapkan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan sektor awam

PUTRAJAYA 12 April 2023 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) komited dalam memantapkan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan sektor awam. Pengukuhan pengurusan kewangan sektor awam turut disokong oleh dasar yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien. Menurut JANM dalam satu kenyataan hari ini, langkah proaktif dalam mewujudkan sistem Perakaunan Akruan yang selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kata JANM, sebagai persediaan pelaksanaan perakaunan akruan, Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS) telah dibangunkan yang berasaskan International Public Sector Accounting Standard. Sehingga 31 Disember 2022, piawaian ini telah digunakan oleh 255 agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. "Sehingga 31 Disember 2022, jumlah aset dan liabiliti yang telah diakaunkan di sistem iGFMAS atau Sistem Bersepadu Pengurusan Kewangan dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation