trending_flat

KKD adakan perbincangan bersama Google bagi benteras berita palsu

19 Mei 2023 - Pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan pertemuan bersama Google (News Partnership) pada 16 Mei lalu susulan kebimbangan ramai pihak dengan penyebaran berita palsu yang tidak berkesudahan. Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata di dalam pertemuan itu beberapa perkara telah dibincangkan terutama penekanan terhadap cara menangani berita palsu dan ini termasuklah usaha Google untuk menyokong inisiatif kerajaan melalui penyemakan maklumat menerusi sebenarnya.my dan MyCheck.my. "Harapan saya, pihak Google juga dapat menyokong inisiatif tempatan yang menyediakan platform semakan maklumat seperti JomCheck dan lain-lain. Kolaborasi Inisiatif Berita Google (GNI) yang dilancarkan pada 2018 bertujuan untuk memperkukuh siaran berita perlu diteruskan di Malaysia, lebih-lebih lagi GNI telah menyokong lebih 7,000 rakan kongsi berita di lebih daripada 120 negara dan wilayah." ujar beliau. Tambanya beliau merasakan pertemuan, perbincangan dan jalinan strategik dengan platform […]

trending_flat

DVS sentiasa pastikan pengeluaran telur mengikut piawaian yang telah ditetapkan

18 Mei 2023 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) semalam telah tampil memberikan penjelasan berhubung laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk Telur biasa ditukar label omega bertarikh 15 Mei 2023. Dalam satu kenyataan, DVS berkata pihaknya dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan di ladang-ladang ternakan ayam bagi memastikan pengeluaran telur adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan agar rakyat mendapat bekalan telur yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. "Mana-mana telur yang diragui, boleh dihantar ke makmal yang telah mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 untuk menguji kandungan omega di dalam telur berkenaan. Selain itu, laporan/aduan kesangsian tentang ketulenan telur omega yang dibuat hendaklah turut disertakan dengan label telur serta maklumat ladang/pengeluar telur yang terbabit bagi memudahkan tugas-tugas penyiasatan." kata DVS. Tambahnya, telur adalah sejenis makanan dan tertakluk kepada Akta Makanan 1983 (Akta 281) di bawah kawalselia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Walau yang […]

trending_flat

ISU SAMPAH DI BANGUNAN FLAT KOS RENDAH TAMAN UNGKU TUN AMINAH (TUTA) DISELESAI DENGAN SEGERA

PUTRAJAYA, 18 Mei 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, di atas peringatan dan nasihat baginda mengenai kerja-kerja pembersihan di kawasan Flat Kos Rendah Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai, Johor Bahru semasa menerima mengadap Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 15 Mei 2023 yang lalu. Flat Kos Rendah Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) terdiri daripada 88 blok flat dan 4,089 unit rumah yang telah berusia lebih 40 tahun dengan berkepadatan penduduk yang tinggi. Beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu infrastruktur yang usang, tahap kesedaran kepentingan menjaga kebersihan yang rendah, serta kekurangan dana akibat kutipan caj pengurusan yang rendah. KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengarahkan syarikat […]

trending_flat

HANYA SATU: “THETA” DI BALAI SENI NEGARA

KUALA LUMPUR – Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara kini membawakan karya "THETA", instalasi terbaharu oleh artis Bono Stellar yang dipamerkan di Lobi Galeri Balai Seni Negara bermula 24 April 2023 sehingga 24 Julai 2023. "THETA" menampilkan projeksi warna dan eksperimen untuk menciptakan ilusi mimpi yang didorong oleh gelombang Theta. Pengunjung berpeluang untuk merasai ruang instalasi imersif yang dapat menimbulkan pengalaman unik ilusi yang dicipta menerusi garis dan bahan reflektif. Ia mewujudkan pengalaman seperti mimpi yang nyata, sambil mencetus tanda soal, rasa ingin tahu serta renungan dalam kalangan penonton. Bono Stellar Menurut Bono Stellar, “dengan pelbagai metodologi yang diamalkan sebelum ini dalam proses penyembuhan diri, kini saya menggunakan gelombang Theta sebagai satu cara untuk melahirkan rasa syukur dan menabur niat di alam minda bawah sedar, membiarkannya tumbuh semasa saya tidur. Saya mengamati minda saya semasa sedar dengan tujuan untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation