trending_flat

KPM teliti cadangan kembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari

24 Mei 2023 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini. Menut KPM dalam satu kenyataan hari ini, penelitian tersebut turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum. "Pertimbangan KPM adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari. Sehubungan itu, KPM akan melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan." kata KPM. KPM telah merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025. Seterusnya, kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari 2026. Semalam Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa KPM telah memulakan usaha […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation