trending_flat

36 buah sekolah di KL dan Selangor terjejas akibat ribut

21 Mei 2023 - Kejadian ribut yang telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 19 Mei 2023 telah mengakibatkan kerosakan kepada 36 buah sekolah. Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) kerosakan tersebut melibatkan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan 9 buah sekolah di Selangor. "Pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM. Penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera. JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan." kata KPM.

trending_flat

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 - Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa bingung apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP Sheikh Umar Bagharib bin Ali menyatakan bahawa Muhyiddin sendiri pernah mengajak rakyat menyokong DAP. "Saya merujuk sikap bingung yang dizahirkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Hakikatnya, Muhyiddin sendiri pernah mengajak rakyat menyokong DAP. Meskipun Muhyiddin rasa 'agak luar biasa' apabila ada pemimpin UMNO menyeru ahli-ahlinya supaya menyokong DAP, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil bagi dirinya sendiri." kata Sheikh Umar Bagharib dalam satu kenyataan hari ini. Jelas beliau, Muhyiddin sendiri pernah berkempen agar menyokong DAP. Dalam satu ucapan pada Januari 2018, Muhyiddin berkata: "Prinsip […]

trending_flat

QOBIN GESA SIASATAN MENYELURUH WAJAR DILAKUKAN

KUALA LUMPUR 21 MEI 2023 - Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin) mengucapkan takziah di atas kematian pendaki Malaysia Everest yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub. Beliau juga berdoa agar Pendaki Everest, Muhammad Hawari Hashim segera ditemui selepas dilaporkan hilang lebih 24 jam. Katanya pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki dengan sesuka hati. Ianya memerlukan latihan yang intensif, persediaan yang rapi dan pendaki perlu didedahkan dengan pengalaman mendaki ke gunung-gunung salji dan latihan teknikal. "Walaupun kita mempunyai wang dan penaja, tidak semestinya kita boleh sampai ke Everest. Saya terpaksa berlatih lebih 2 tahun di dalam dan luar negara dan ke Nepal beberapa kali sebelum mendaki Everest pada tahun 2004. Di Nepal pula saya perlu mengadaptasikan diri dengan gunung di sana selama 2 bulan sebelum […]

trending_flat

Kelab GTR Malaysia Bakal Latih Komuniti Miskin Bandar, Bantu Mereka Cari Pendapatan

PUTRAJAYA, 20 Mei - Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) hari ini menerima Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk memberikan latihan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka. Program tersebut dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah diperkenalkan sejak 2013. Pengasas Kelab GTR, Nordin Mat menerima surat berkenaan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Suhaimi Ali dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya, semalam. Dalam ucapan aluan beliau, Suhaimi berkata program PEKB diadakan untuk menyahut seruan kerajaan untuk membantu penduduk miskin di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka seterusnya berjaya keluar daripada garis kemiskinan bandar. "Program ini merupakan salah satu daripada program pembasmian kemiskinan bandar yang dilaksanakan oleh pihak kementerian yang bermula sejak tahun 2013 dan ia bermatlamat meningkatkan kemahiran kumpulan sasar yang berdaftar […]

trending_flat

Projek Perumahan Sakit dan Terbengkalai : Timbalan Menteri KPKT turun padang

KEDAH, 19 Mei 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir telah mengadakan lawatan turun padang bagi meninjau sendiri status terkini dua projek pembangunan swasta yang berstatus sakit di negeri Kedah iaitu Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Pinang, Alor Setar dan Projek Taman Residensi Mesra, Sungai Petani semalam. Dalam satu kenyataan, KPKT berkata PPAM Bukit Pinang yang dimajukan oleh PKB PBA Realty Sdn. Bhd itu terletak di daerah Kota Setar, Kedah dan telah dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) pada tahun 2018. "Pemajuan sebanyak 183 unit rumah teres dua tingkat ini telah berada di peringkat akhir untuk disiapkan. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2020 dan tarikh patut siap ialah pada 10 Oktober 2022. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat disiapkan dan mula berstatus sakit […]

trending_flat

KKD adakan perbincangan bersama Google bagi benteras berita palsu

19 Mei 2023 - Pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan pertemuan bersama Google (News Partnership) pada 16 Mei lalu susulan kebimbangan ramai pihak dengan penyebaran berita palsu yang tidak berkesudahan. Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata di dalam pertemuan itu beberapa perkara telah dibincangkan terutama penekanan terhadap cara menangani berita palsu dan ini termasuklah usaha Google untuk menyokong inisiatif kerajaan melalui penyemakan maklumat menerusi sebenarnya.my dan MyCheck.my. "Harapan saya, pihak Google juga dapat menyokong inisiatif tempatan yang menyediakan platform semakan maklumat seperti JomCheck dan lain-lain. Kolaborasi Inisiatif Berita Google (GNI) yang dilancarkan pada 2018 bertujuan untuk memperkukuh siaran berita perlu diteruskan di Malaysia, lebih-lebih lagi GNI telah menyokong lebih 7,000 rakan kongsi berita di lebih daripada 120 negara dan wilayah." ujar beliau. Tambanya beliau merasakan pertemuan, perbincangan dan jalinan strategik dengan platform […]

trending_flat

DVS sentiasa pastikan pengeluaran telur mengikut piawaian yang telah ditetapkan

18 Mei 2023 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) semalam telah tampil memberikan penjelasan berhubung laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk Telur biasa ditukar label omega bertarikh 15 Mei 2023. Dalam satu kenyataan, DVS berkata pihaknya dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan di ladang-ladang ternakan ayam bagi memastikan pengeluaran telur adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan agar rakyat mendapat bekalan telur yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. "Mana-mana telur yang diragui, boleh dihantar ke makmal yang telah mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 untuk menguji kandungan omega di dalam telur berkenaan. Selain itu, laporan/aduan kesangsian tentang ketulenan telur omega yang dibuat hendaklah turut disertakan dengan label telur serta maklumat ladang/pengeluar telur yang terbabit bagi memudahkan tugas-tugas penyiasatan." kata DVS. Tambahnya, telur adalah sejenis makanan dan tertakluk kepada Akta Makanan 1983 (Akta 281) di bawah kawalselia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Walau yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation