trending_flat

TONY PUA ADALAH PELAMPAU POLITIK DALAM DAP

ALOR SETAR, 24 JUN 2023 - Tindakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua melabel Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup' adalah sikap seorang pelampau politik. Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan itu tidak perlu dilayan kerana golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau, sememangnya wujud dalam setiap organisasi. "Dalam mana-mana parti politik pun, ada kumpulan dipanggil pelampau atau ekstrem. Jenis pelampau ini, mereka akan anggap semua orang lain tak betul dan hanya dia sajalah yang terbaik. Golongan ini perangai mereka tak boleh diubah dan mereka takkan beri kebaikan sama ada kepada partinya sendiri mahu pun rakan kongsi". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku di sini, hari ini. Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pelampau politik seperti Tony Pua berkemungkinan mempunyai 'masalah otak'. […]

trending_flat

Kenyataan Tony Pua tidak mewakili parti – Anthony Loke

24 JUN 2023 - Kenyataan Tony Pua dalam satu majlis anjuran DAP di Petaling Jaya yang berunsur menyerang terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan bukanlah suara mewakili parti dan ianya suatu yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah sekarang. Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) dalam kenyataan media menyatakan, isu yang berbangkit adalah tidak mencerminkan pendirian parti. Menurutnya, kerjasama yang terbentuk dalam kerajaan kini adalah keputusan yang dipersetujui bersama dengan gabungan politik lain oleh pucuk pimpinan parti. “ Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan hala tuju parti pada masa kini. Keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan perlu dijaga demi kestabilan politik pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran. Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP, tegasnya.

trending_flat

9 PEGAWAI TERIMA KENAIKAN PANGKAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 - Seramai 9 orang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah dinaikkan pangkat berkuatkuasa semalam. Majlis Pemakaian Pangkat Maritim telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dengan turut diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar bin Bachok. Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah sekaligus menerajui kempimpinan di Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya dengan pangkat Laksamana Muda Maritim gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C. Diikuti senarai, empat pegawai kanan menerima pemangkuan pangkat daripada Kepten Maritiim kepada Laksamana Pertama Maritim; Kepten Maritim Vincent a/l Rajamony sebagai Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kepten Maritim Zulinda binti Haji Ramly sebagai Timbalan Pengarah Bahagian […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation