trending_flat

Prihatin masalah pekebun kecil getah, Fadillah adakan perbincangan bersama Salahuddin

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2023 - Susulan dari lawatan ke Baling, Kedah semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof  telah memanggil dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat beliau di Parlimen, petang tadi. "Kurang 24 jam selepas mendengar luahan pekebun kecil dan penduduk di kawasan Baling, Kedah melalui jelajah Trek Komoditi Zon Utara 2023, saya telah memanggil dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat saya di Parlimen, petang ini. Antara isu yang disuarakan ialah mengenai harga gula yang mahal dan penjualan minyak paket secara tidak beretika." kata Fadillah di dalam satu catatatan di Facebook rasmi beliau hari ini. Tambahnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) memberi jaminan akan menyiasat […]

trending_flat

LKTN komited perkasakan industri kenaf negara

BESERI, 12 JUN 2023 - Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Siti Aminah Aching menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis hari ini. Beliau hadir mewakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Haji Fadillah Yusof. Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), MoU tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam program pembangunan industri kenaf melalui gerakan koperasi di Malaysia. Inisiatif itu dilakukan untuk menggalakkan penglibatan syarikat swasta yang berminat membuat pelaburan baharu dalam industri kenaf bagi mengurangkan kebergantungan terhadap insentif kerajaan untuk menjana pasaran yang lebih kompetitif dalam pelbagai segmen industri di peringkat domestik dan antarabangsa. "Pada tahun 2023, negeri Perlis telah menyasarkan penanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih kenaf seluas 300 hektar melibatkan 150 orang peserta. […]

trending_flat

Orang Awam dijemput beri input terhadap pertumbuhan ekonomi negara

PUTRAJAYA, 12 JUN 2023 - Kementerian Kewangan (MOF) menjemput orang awam untuk memberikan pandangan dan input berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara, dan pada masa yang sama memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk lanskap ekonomi Malaysia. Menurut MOF, pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan yang penting bagi Kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. "Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023). Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my." katanya.

Menteri KPDN membuat pemantauan Sempadan Negara Malaysia – Thailand

TUMPAT, 11 JUN 2023 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah melakukan sesi pemantauan sempadan negara Malaysia-Thailand yang diadakan di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Kredit Foto : UKK KPDN Lawatan sempadan ini diadakan bersama rakan strategik penguatkuasaan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Kelantan. https://youtu.be/fQ8U1xg--WI Kredit Video : UKK KPDN Dalam lawatan ini turut diadakan Sesi Ramah Mesra bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat dan Pasukan Polis Marin Thailand. Turut hadir sama, Timbalan Menteri KPDN Puan Hajah Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha PDN KPDN Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha PPP KPDN Datin Roszanina Wahab, Pengarah Pejabat KPDN Negeri Kelantan Tuan Hj Azman Ismail serta Exco-exco Kepenggunaan Negeri, Pengarah-pengarah KPDN Negeri dan Pegawai Kanan […]

trending_flat

Fadillah turun padang santuni pekebun kecil getah di Baling

BALING 11 JUN 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah turun padang menyantuni lebih 150 pekebun kecil getah semasa sesi Sembang Getah Warung bertempat di Kampung Charok Gorok Baling, Kedah hari ini. Sumber Foto : Facebook Rasmi Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof Turut bersama beliau menyantuni golongan pekebun kecil di Baling ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) Dato’ Mad Zaidi bin Mohd Karli dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dato’ Dr Zairossani bin Mohd Nor. Menurut KPK, Program Sembang Getah Warung merupakan program berkonsep santai anjuran KPK bersama LGM sebagai platform berinteraksi secara langsung antara pekebun kecil dengan pengurusan tertinggi Kementerian bagi membincangkan isu-isu semasa selain bertukar pendapat dan berkongsi cadangan penambahbaikan dalam industri getah. "Sesi bersama pekebun kecil getah tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian […]

trending_flat

Fadillah lawat tapak pemprosesan biji koko di Kedah

KEDAH, 11 JUN 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir ke sesi santai bersama pengusaha tanaman koko di Kodiang, Kedah sempena Program Trek Komoditi 2023 (Zon Utara Semenanjung) anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), hari ini. Sesi tersebut berlangsung di lokasi kediaman salah seorang pekebun kecil koko di Kampung Kubang Menerung, Padang Serai, Kodiang iaitu Encik Zulkifli bin Romli. Beliau telah mengusahakan tanaman koko sejak tahun 2015 menerusi program pembangunan koko Lembaga Koko Malaysia (LKM). Encik Zulkifli merupakan salah seorang daripada 14 orang pekebun koko di Kedah. Keluasan kawasan penanaman koko di negeri tersebut berjumlah 4.38 hektar, meliputi daerah Kubang Pasu dan Padang Terap. Timbalan Perdana Menteri turut melawat tapak pemprosesan biji koko termasuk kotak pemeraman biji koko basah dan pelantar pengering. Cabaran isu-isu penanaman koko seperti kos […]

trending_flat

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) tingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat

SELANGOR, 11 Jun 2023 – Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tuan Haji Suhaimi bin Ali@Ahmad telah merasmikan Projek Perintis Bandar Sihat di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bertempat di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor pagi ini. Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Menurut KPKT, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan inisiatif kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat. ANMS mengutamakan amalan hidup sihat dari segi pemakanan, minda, gaya hidup aktif, kebersihan diri dan persekitaran. "Bagi menyokong kepada pelaksanaan dasar ANMS, KPKT terlibat secara langsung dalam pelaksanaan ANMS melalui Strategi 10: Mewujudkan Persekitaran yang Menyokong Kesihatan di bawah Teras 4: Pemantapan Kebersihan Persekitaran. KPKT melalui PLANMalaysia komited dalam pelaksanaan Program ANMS khususnya melalui pelaksanaan Projek Perintis Bandar Sihat. Bermula […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation