trending_flat

PM Lancar Jentera BN-PH Negeri Kedah Pada Sabtu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah di Padang Awam Guar Chempedak pada Sabtu ini. Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, himpunan jentera parti dan penyokong BN-PH itu merupakan sebahagian program sempena lawatan rasmi sehari Perdana Menteri ke negeri itu. “Kita akan kumpulkan semua jentera pilihan raya PH dan BN di Kedah. Kita juga telah menyusun di peringkat jawatankuasa untuk bawa penyokong kedua-dua gabungan untuk bersama dalam program gerak kerja pilihan raya pada 9 malam. Acara lain termasuk pentas orang muda pada sebelah petang,” katanya dalam sidang media bersama Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar di sini hari ini. Jelas beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO turut dijadual hadir serta pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan. Mahdzir berkata, […]

trending_flat

UMNO Kedah Bakal Tampilkan Lebih 30 Peratus Muka Baharu Calon PRN

UMNO Kedah bakal menampilkan lebih 30 peratus muka baharu untuk digandingkan bersama calon-calon berpengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemilihan calon dibuat dengan mengambil kira semua faktor terutamanya penerimaan rakyat terhadap calon yang dipilih. "Lebih 30 peratus calon ditampilkan UMNO kali ini merupakan muka-muka baharu yang akan digandingkan dengan calon berpengalaman. Kita sudah serahkan tiga nama dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada kepimpinan Pusat untuk dinilai dan terpulang kepada mereka untuk membuat pengumuman nanti. "Antara faktor terpenting yang dinilai adalah penerimaan rakyat kepada personaliti itu. Kalau rakyat suka dan parti pun suka, insya Allah kita boleh mencapai kemenangan". Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini. Tambah Mahdzir, jumlah itu melebihi daripada kuota pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dan tidak […]

trending_flat

Conteng Wajah Perdana Menteri Perbuatan Politik Ekstrem

ALOR SETAR, 13 Julai - Perbuatan menconteng wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada papan iklan di beberapa kawasan dalam negeri ini, disifatkan perbuatan yang menjurus kepada permainan politik ekstrem dan tidak sepatutnya berlaku. Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik melampau seumpama itu membahayakan dan tidak boleh diberi tempat di dalam negara ini ketika era kemajuan teknologi terkini. "Kalau kita tak suka pun, sentiasa ada had yang tidak boleh dilanggar. Sebab itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkali-kali mengingatkan mengenai kenyataan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja agar tiada pihak yang melangkaui batas. "Kita takkan aman kalau bawa politik melampau sebaliknya perlu sentiasa bersikap rasional. Semua ini perlu bermula dengan kepimpinan tetapi kadang-kadang ada pemimpin buat kenyataan yang berbentuk menghasut. Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai barisan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation