trending_flat

Kerajaan Negeri Kedah Dituntut Beri Penjelasan Kepada Rakyat Berkaitan Penerokaan Haram Unsur Nadir Bumi Di Sik

PADANG TERAP, 14 Julai - Kerajaan negeri perlu memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan penerokaan haram Unsur Nadir Bumi (REE) yang masih berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, susulan penangkapan beberapa individu kerana menceroboh kawasan itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sikap berdiam diri kerajaan negeri dalam isu REE itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk tanggapan bahawa kegiatan perlombongan di kawasan itu didalangi oleh pihak tertentu. “Kalau tak ada penjelasan, itu yang menimbulkan keraguan tentang kedudukan REE itu. Sehingga hari ini tak ada penjelasan daripada mereka. Ada dalang? "Saya tak tahu ada dalang ke tak? Kalau dok senyap ini orang mula syak ada dalang." Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Puteri UMNO Kedah di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka dekat sini hari ini. Isu REE menurut Mahdzir, semakin parah setelah […]

trending_flat

Ada Kemungkinan Undi Pecah Jika MUDA Bertanding Di Kedah

KUALA NERANG, 14 Julai - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menolak kemungkinan berlaku pecahan undi jika Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan. Ini kerana menurutnya, pertandingan tiga penjuru atau lebih akan menimbulkan pelbagai persepsi kepada pengundi berikutan mereka mempunyai banyak pilihan. "Macam-macam persepsi (timbul) bila lebih daripada dua (penjuru), sampai ke peringkat pelbagai gambaran yang boleh diberikan dengan apa yang akan berlaku apabila lebih daripada dua penjuru. "Bagaimanapun di Kedah kita tidak pasti lagi samada mereka akan bertanding atau tidak, setakat ini mereka baru umumkan bertanding di Selangor". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Sumbanhan Yayasan Bank Rakyat di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini hari ini. Jelas Mahdzir, pihaknya bagaimanapun bersikap terbuka sekiranya MUDA mahu bertanding di Kedah selaras […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation