Pemberian elaun pelajar LI oleh GLC langkah wajar
Oleh: Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk menetapkan jumlah elaun perantisan minimum kepada pelajar latihan industri (LI) pada kadar RM800 sebulan baru-baru ini menunjukkan keprihatinan kerajaan selaras dengan konsep Malaysia Madani. Sebelum ini, ada cadangan jumlah elaun pelajar LI sekitar RM600 hingga RM800 bagi kawasan luar bandar, dan antara RM800 ke RM1,000 untuk kawasan bandar. Jika elaun ini tidak diberikan, pelajar akan berasa tertekan dan berada dalam dilema di antara tuntutan bergraduat dan hak untuk kelangsungan hidup di luar kampus. Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Memandangkan pemberian elaun ini akan meningkatkan kos buruh sesebuah syarikat, maka pemberian elaun diwajibkan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai peneraju perlaksanaan merupakan suatu permulaan yang wajar. Sebagai syarikat yang kukuh, perlaksanaan pemberian elaun perantisan di kalangan GLC adalah dilihat dalam skop kemampuan industri. Malahan, ada sesetengah syarikat yang […]