trending_flat

Kes Sanusi – BN Kedah Tidak Masuk Campur

LANGKAWI, 19 Julai - Barisan Nasional (BN) Kedah mengambil pendirian tidak mencampuri kes membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor termasuk kes mahkamah yang dihadapinya. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu diserahkan kepada tanggungjawab pihak berkuasa dan pihaknya tidak berniat untuk mencampuri urusan tersebut walaupun tidak menggemari tingkah laku Muhammad Sanusi sebelum ini. “Saya dah sebut dalam ucapan saya, kenyataan media saya pun bahawa jika ada benda yang sepatutnya tak selesai contohnya unsur nadir bumi (REE) di Sik, maka kerajaan negeri patut membuat penjelasan. Kerajaan negeri kena jelaskan apa status kedudukan REE. Tapi sekarang apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah buat kenyataan semalam, kita serahkanlah kepada pihak berkuasa. Macam itu juga di bawah Akta Hasutan yang melibatkan raja-raja, mahkamah sudah uruskan perkara ini, jadi kita serahkan kepada mereka". Beliau berkata demikian […]

trending_flat

Langkawi perlukan idea kreatif untuk kembangkan sektor pelancongan – Mahdzir Khalid

LANGKAWI, 19 Julai - Kerajaan negeri Kedah perlu lebih kreatif untuk mengembangkan sektor pelancongan di Pulau Langkawi dengan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada acara seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri perlu menjalin kerjasama erat dengan menteri Kerajaan Persekutuan bagi merancang acara yang boleh diadakan untuk menarik lebih ramai pelancong. “Kerajaan negeri kena berpakat dengan Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar atau Exco kena jumpa menteri yang terlibat seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau Unit Perancang Ekonomi (EPU). Misalnya tahun depan ada acara apa dan boleh tak acara ini kami (kerajaan negeri) bawa ke Langkawi, barulah tempat kita tak bergantung kepada LIMA untuk dua tahun sekali kerana acara lain juga boleh diatur". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Perpaduan Barisan Nasional (BN) dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation