trending_flat

Isu REE – MB Kedah Tidak Perlu Lagi ‘Sorok di Bawah Karpet’

ALOR SETAR, 25 Julai - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor perlu berterus-terang kepada rakyat berkaitan isu perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik dan tidak perlu lagi menyorokkannya di bawah 'karpet'. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Muhammad Sanusi juga tidak sepatutnya memberi jawapan kononnya tidak tahu-menahu mengenai urusan pentadbiran Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah sedangkan beliau merupakan Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri itu. Ini kerana berdasarkan pengalamannya sebagai Bekas Menteri Besar, sebarang pelaburan atau penglibatan MBI di dalam sesebuah projek, sentiasa dilaporkan kepada Menteri Besar. "Saya fikir tiba masanya untuk MBI bercakap benar dan tidak perlu meletakkan segala-galanya di bawah 'karpet'. Kalau kata projek itu haram, kata sajalah haram dan ada pihak yang bersalah tetapi kalau dikatakan projek itu sah, maka buktikanlah kesahihannya. "Mengenai dua warganegara China itu, beritahu sajalah […]

trending_flat

PRN KEDAH – BN+PH lancar manifesto Khamis ini

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan melancarkan manifesto mereka pada khamis ini sebagai tawaran kepada rakyat negeri ini sekiranya mereka dipilih bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, manifesto yang menyantuni semua golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, perindustrian, pelancongan, belia serta wanita itu diyakini mampu membawa kestabilan dan kesejahteraan rakyat. "Ada banyak perkara yang akan dibentangkan dalam manifesto itu. Manifesto tersebut akan menyentuh mengenai perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh kerana kerajaan negeri ketika ini bukan saja gagal, malah tak buat apa-apa pun. "Apa yang beliau (Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) buat selain mengata orang lain? Kalau nak jadi pemimpin, anda kena serius kerana antara kepimpinan negeri dengan rakyat, di tengah-tengahnya ada pegawai kerajaan yang […]

trending_flat

Angkasawan Malaysia Menginspirasi Pelajar Kumon di Acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon 2023

Kumon Malaysia, program pengayaan selepas sekolah terbesar di negara ini, telah mengadakan Acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon yang pertama untuk meraikan lebih 10,000 pelajar yang telah mendaftar dalam program Kumon English as a Foreign Language (EFL) dan Kumon English as a Native Language (EE). Kumon Malaysia memperkenalkan program Bahasa Inggeris EFL pada Mac 2022, yang menawarkan kanak-kanak bukan penutur asal bahasa Inggeris, sebuah platform yang selesa dan sangat berkesan untuk mempelajari bahasa itu melalui Kumon. Sebaliknya, program Bahasa Inggeris EE sedia ada bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pemahaman bacaan bahasa Inggeris peringkat lanjutan untuk kanak-kanak yang sudah terdedah kepada persekitaran berbahasa Inggeris. Dengan menyesuaikan program Bahasa Inggeris agar sesuai dengan persekitaran bahasa setiap kanak-kanak, Kumon Malaysia terus membuka peluang untuk pengalaman pembelajaran yang optimum di kalangan pelajarnya. “Pengenalan program Bahasa Inggeris EFL adalah bukti komitmen Kumon Malaysia untuk memenuhi pelbagai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation