ECOTRAIL® PUTRAJAYA beri peluang peserta dekatkan diri dengan warisan semula jadi dan budaya bandar
ECOTRAIL® PUTRAJAYA: A GREEN RACE FROM EUROPE TO MALAYSIA merupakan acara perlumbaan larian denai terbesar yang unik dan telah berjaya dalam penganjurannya sejak penciptaan acara ini yang menggabungkan pelancongan sukan, pembangunan mampan dan tanggungjawab terhadap alam semulajadi. Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), lokasi perlumbaan dipilih berhampiran dengan bandar-bandar utama dan pinggir bandar seperti di Wilayah Persekutuan Putrajaya. "Objektif Ecotrail adalah gabungan perlumbaan larian sihat di samping memberi peluang kepada para peserta untuk mendekatkan diri dengan warisan semula jadi dan budaya sesebuah bandar. Pemilihan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai lokasi penganjuran acara tersebut adalah kerana Putrajaya merupakan bandar ultra-moden yang masih dikelilingi dengan taman-taman alam semulajadi di samping mampu memberi peluang kepada para peserta untuk melihat Putrajaya dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini memberipeluang untuk Putrajaya menonjolkan kelebihan dan keindahannya dan seterusnya mempromosikan lokasi ini sebagai lokasi pelancongan yang menarik […]