trending_flat

Arul PSM berikrar tidak akan mainkan isu perkauman bagi raih undi

Calon Pilihanraya Negeri Selangor untuk DUN N.25 Kajang dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Arutchelvan Subramaniams (Arul) berikrar bahawa beliau dan ahli-ahli partinya berikrar tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Menurut Arul dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, diskriminasi perkauman dan politik perkauman adalah umpama sebuah penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada masa kini. "Maka kami para pendukung perjuangan menentang perkauman atau rasisme ini dengan penuh iltizam berikrarbahawa tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Saya akan menjauhi daripada mengunakan apajua unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen pilihanraya termasuk ceramah, komen,kenyataan akhbar, tulisan media social, risalah, banner atau apajua bahan kempen yang akan mendiskriminasi atau mewujudkan kebencian terhadap suatu kaum yang lain atau warga migran. Saya juga akan memastikan bahawa semua aktiviti […]

trending_flat

Lebih 20 ribu pengunjung hadiri Kembara RIUH 2023 Edisi Selangor

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang merupakan sebuah agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklu mkan bahawa Kembara RIUH 2023 Edisi Selangor yang berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu telah berjaya meraih lebih 20,000 pengunjung setakat hari kedua. Menurut MyCReative, Kembara RIUH 2023 itu ebih inklusif, menjadi sebuah platform kurasi yang efektif dalam membangunkan para artis dan usahawan kreatif serta menggalakkan belia menghargai hasil seni tempatan di samping memasyarakatkan industri kreatif. "Program ini telah mengumpulkan lebih 100 artis dan usahawan kreatif yang mempamerkan hasil seni, produk dan perkhidmatan mereka. Para pengunjung turut menyaksikan persembahan daripada artis terkenal dan unik antaranya Dato’ M. Nasir, Hujan, Banyak Bunyik Republik, Airliftz, Astraloka Gamelan, Drum Circle dan ramai lagi. KKD sentiasa berusaha memperkukuh industri kreatif bagi menjana permintaan bekalan domestik dalam sektor ini, sekali gus melonjakkan sumbangan […]

trending_flat

PSA meterai kerjasama dengan Brunei Darussalam bagi perkasa TVET serantau

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) memeterai kerjasama dengan SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam melalui ‘Agreed Minutes of Meeting’ (AMM) bagi memperkukuh hubungan strategik serantau dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Mohd Zahari Ismail hadir menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen AMM antara Pengarah PSA Dr. Norhayati Zakaria dan Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam, Alias Abu Bakar yang diadakan di Dewan Al Jazari, PSA, baru-baru ini. Menurut Dr. Mohd Zahari, kolaborasi tersebut merupakan komitmen PSA sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkasa kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang TVET merentas sempadan. "Saya percaya memperluas rangkaian kolaborasi di peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terutamanya bagi mempersiapkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation