Anthony Loke kesal dengan tindakan Ramasamy
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kononnya beliau tidak ada "courtesy" untuk memaklumkan keputusan untuk tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Jelas Anthony, pada hari Selasa, 25 Julai 2023, beliau bersama Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Saudara Nga Kor Ming telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu secara bersemuka dengan setiap penyandang ADUN yang tidak dicalonkan semula dalam PRN kali ini sebelum Majlis Pengumuman Calon DAP pada petang yang sama. "Pertemuan itu berlangsung di Ibupejabat DAP Pulau Pinang dan turut disertai oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Saudara Chow Kon Yeow. Nga, Chow dan saya menemui setiap penyandang yang tidak dicalonkan secara berasingan dan saya sendiri memaklumkan keputusan parti kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan balas. Sesi […]