Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak emosi yang tidak terkawal dalam kalangan masyarakat apabila pemberitaan tentang poligami dilaporkan di media. Seolah-olah mereka bersama-sama bersolidariti dengan isteri yang tua, tersakiti dan merasai penderitaannya. Sedangkan dalam amalan poligami, terdapat banyak kisah bahagia berbanding derita. Tetapi banyak kisah penderitaan yang dipaparkan hingga menimbulkan stigma dalam masyarakat yang mengaitkan poligami dengan kecurangan dan pengkhianatan suami. Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Dalam merespons kisah-kisah yang dilaporkan di media, ramai orang yang tidak bertindak menjadi pendamai atau penyejuk keadaan. Sebaliknya mereka menjadi batu api dengan menghasut pihak terlibat agar meruntuhkan masjid yang dibina. Selagi pasangan suami isteri tidak bercerai, mereka tidak akan berpuas hati dan akan terus menerus mencari keburukan dan kelemahan pihak suami dan isteri baru. Campur tangan dan hasutan masyarakat hanya akan meruntuhkan masjid dan memusnahkan kehidupan. […]