trending_flat

Isu Kemiskinan, Peniaga Kecil Keutamaan Majukan Wilayah Persekutuan – Dr Zaliha

PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) - Isu kemiskinan bandar dan tegar serta peniaga kecil merupakan antara keutamaan dalam menggalas tanggungjawab di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha yang menggalas jawatan itu susulan rombakan Kabinet pada Selasa lepas berkata antara fokus beliau adalah membawa misi dan visi yang sebelum ini dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Perhatian ini untuk memastikan Wilayah Persekutuan terus maju dan sentosa sekali gus meningkatkan ekonomi,” katanya kepada media sebelum mengadakan taklimat bersama pegawai Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi, di sini hari ini. Masalah penjaja dan peniaga kecil sering menjadi perhatian Anwar apabila berulang kali menyatakan bahawa pembangunan bandar tidak boleh meminggirkan golongan berkenaan termasuk penyediaan kemudahan yang bersih serta selesa. Dr Zaliha berkata fokus lain adalah isu legasi melibatkan masalah perkampungan Kampung Baru, persediaan Wilayah Persekutuan dalam […]

trending_flat

Saifuddin terima kunjungan hormat Christopher A. Wray

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 - Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menerima kunjungan hormat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat Christopher A. Wray di Parlimen Malaysia semalam. Kredit Foto : FB Rasmi KDN Menurut Saifuddin menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, kunjungan hormat tersebut adalah perbincangan susulan daripada pertemuan beliau dan Christopher Wray di Washington pada September lalu. "Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk memperkukuh bidang keselamatan antara negara dan serantau disamping turut memberi fokus dalam beberapa aspek lain termasuklah kerjasama melibatkan usaha menangani jenayah rentas sempadan, menangkis ancaman pengganas serta pembangunan kapasiti."katanya. Kredit Foto : FB Rasmi KDN Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turut hadir mengiringi Saifuddin di dalam pertemuan tersebut. Di samping beliau, turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation