trending_flat

𝗒𝗣 𝗠𝗔π—₯𝗗𝗒𝗙 | 𝗕𝗨𝗕𝗨 π—‘π—”π—šπ—” bernilai hampir π—₯π— πŸ±πŸ¬ ribu berjaya dirampas

π—Ÿπ—¨π— π—¨π—§, 𝟭𝟴 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ - Sebanyak 496 set bubu naga (Bubu Kambang) dengan anggaran nilai hampir RM50 ribu berjaya dirampas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak dalam serbuan sempena OP MARDOF di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan Maritim Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Perak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 32 orang. Tambah beliau, kejayaan operasi ini telah membongkar aktiviti perikanan menggunakan bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan Negeri Perak melalui hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat rungutan serta aduan yang diterima daripada orang ramai dan komuniti maritim kepada pihak berkuasa. Kesemua bubu naga yang dirampas itu dibawa ke pejabat Perikanan […]

trending_flat

Kafe Dellamar perkasa kemampuan Alumni dengan Kerjasama Pintar Koperasi PUO Ipoh Berhad

IPOH, 18 Disember 2023 - Politeknik Ungku Omar (PUO)telah mengorak langkah menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan para alumninya dengan perasmian Kafe Dellamar, sebuah kafe yang ditubuhkan secara perkongsian pintar Encik Izwan Helmi bin Mohd Mokhtar, alumni PUO bersama-sama Koperasi PUO Ipoh Berhad bertempat di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO hari ini. Menurut PUO menerusi satu siaran media hari ini, pemilihan Perpustakaan Tan Sri Othman Merican sebagai lokasi Kafe Dellamar adalah bertepatan dengan konsep kafe yang santai serta menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran yang lebih kondusif serta memberi keselesaan kepada para pelajar dan dalam masa yang sama menepati cita rasa belia kini. "Pusat Keusahawanan PUO turut menawarkan kerjasama dan bantuan dari segi penyediaan kemudahan, khidmat nasihat dan jaringan dan pemilik Dellamar kini menjalani proses latihan dan pemantauan oleh Majlis Francais Malaysia selama setahun dalam mendapatkan lesen sebagai Francaisor." kata PUO. […]

trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

Tourism Malaysia telah melancarkan pakej minat khas β€˜Houseboat 2023/2024’ bagi mempelbagaikan penawaran produk minat khas di pasaran. Sebanyak 11 pakej pelancongan houseboat ditawarkan oleh enam (6) agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan dari 1 Disember 2023 sehingga 30 Jun 2024 melibatkan lokasi houseboat yang popular iaitu di Royal Belum, Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Foto Kredit Tourism Malaysia "Pakej-pakej ini menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian melalui aktiviti-aktiviti seperti berkayak, berakit, memancing, memanah, menjejak Rafflesia, merentas hutan, memasak kuih tradisional, bermain paintball dan banyak lagi. Pakej-pakej ini boleh mula ditempah mulai sekarang dengan tempoh sah perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2024." kata Tourism Malaysia. Promosi pakej minat khas houseboat itu mengambil kira kesediaan produk yang terdapat di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Untuk rekod, jumlah houseboat yang berdaftar di Royal Belum adalah sebanyak 41 buah houseboat dengan penawaran […]

trending_flat

Insiden Tanah Runtuh Sungai Ruil, Dakwaan Ajis Sittin berat sebelah – JAKOA

PUTRAJAYA, 18 Disember 2023 – Susulan insiden tanah runtuh yang menjejaskan 17 keluarga Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengenal pasti beberapa bangunan kuarters kerajaan/badan berkanun di sekitar kawasan berhampiran selain mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan mangsa tanah runtuh tersebut. Menurut JAKOA, mangsa terbabit akan ditempatkan sebaik sahaja isu berkaitan kemudahan fasiliti seperti penyambungan bekalan api dan air diselesaikan terlebih dahulu selewat-lewatnya awal Januari 2024. "Bagi tindakan jangka panjang, berdasarkan laporan siasatan awal daripada aspek teknikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dibuat pada awal November lepas mendapati, kerja-kerja baik pulih cerun yang runtuh akan mengambil masa dua (2) tahun dengan peruntukan melebihi RM3 juta. Ini termasuk untuk pengukuhan dan penstabilan cerun-cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR dan […]

trending_flat

Maritim Pulau Pinang rampas Bubu Naga

π—£π—¨π—Ÿπ—”π—¨ π—£π—œπ—‘π—”π—‘π—š, 𝟭𝟴 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ - Maritim Negeri Pulau Pinang merampas tujuh set bubu naga di sekitar 3.6 batu nautika tenggara Pulau Rimau petang semalam. Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom, usaha membanteras penggunaan bubu naga akan terus dilaksanakan setiap masa oleh Maritim Malaysia. Ini kerana penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut haram dan merupakan satu kesalahan di negara ini. Terdahulu, Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 20 batu nautika barat Daya Pulau Kendi pada 16 Disember lalu. Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur 23 hingga 43 tahun mengendalikan bot itu. Hasil pemeriksaan mendapati tekong warga Myanmar mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah namun empat kru yang lain gagal berbuat demikian. Hasil pemeriksaan, BNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

βœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

βœ–

Stop following

Unfollow Cancel

βœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

βœ–