trending_flat

SPRM tidak pernah keluarkan kenyataan rasmi Tun Daim telah lakukan sebarang kesalahan

PUTRAJAYA 30 Disember 2023 - Berhubung dengan fakta berhubung kenyataan Tun Abdul Daim Zainuddin mengenai siasatan kes beliau, SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat penjelasan bahawa SPRM tidak pernah membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Tun Abdul Daim Zainuddin telah pun melakukan sebarang kesalahan. Kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini, SPRM telah membuka kertas siasatan pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora. "Pada 7 Jun 2023, satu Notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) telah diserahkan kepada Tun Abdul Daim yang mengkehendaki beliau supaya mengisytiharkan segala aset miliknya sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut. Tun Abdul Daim telah memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan telah diberikan lanjutan pada 6 Julai 2023; 10 Ogos 2023; 11 […]

trending_flat

PM sokong penuh kenyataan Sultan Selangor, sebarang kekusutan perlu dileraikan dalam suasana beradab

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2023 - Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau menyokong dan mendukung kenyataan tersebut. Katanya dalam satu hantaran ringkas di Halaman X rasmi beliau, sekiranya terdapat persoalan atau kemusykilan, pihak bukan Islam boleh menulis terus kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). "Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut. Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab." […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation