๐ข๐ฃ ๐ ๐๐ฅ๐๐ข๐ | ๐๐จ๐๐จ ๐ก๐๐๐ bernilai hampir ๐ฅ๐ ๐ฑ๐ฌ ribu berjaya dirampas
๐๐จ๐ ๐จ๐ง, ๐ญ๐ด ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ - Sebanyak 496 set bubu naga (Bubu Kambang) dengan anggaran nilai hampir RM50 ribu berjaya dirampas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak dalam serbuan sempena OP MARDOF di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Yaโakup berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan Maritim Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Perak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 32 orang. Tambah beliau, kejayaan operasi ini telah membongkar aktiviti perikanan menggunakan bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan Negeri Perak melalui hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat rungutan serta aduan yang diterima daripada orang ramai dan komuniti maritim kepada pihak berkuasa. Kesemua bubu naga yang dirampas itu dibawa ke pejabat Perikanan […]