trending_flat

Penyerahan Busana Tradisional ke Pejabat Kedutaan Malaysia Memperkasakan Aktiviti Seni, Budaya dan Warisan Negara

4 Januari 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan sebanyak 20 set busana tradisional etniketnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara. Ini merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada sepuluh (10) Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022. MOTAC selaku peneraju diplomasi budaya meneruskan inisiatif diplomasi budaya fasa kedua kedua melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysia Craft Council) bagi memperkasakan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan negara selaras dengan hala tuju Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021. Majlis penyerahan telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan di Putrajaya, semalam. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation