trending_flat

Kumpulan Magma Bersedia Untuk Tahap Permulaan Baharu Berikutan Penarikan Balik Daripada Prosiding Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2024 – Magma Group Berhad ("Magma" atau "Syarikat"), sebuah kumpulan pegangan pelaburan dinamik, hari ini mengumumkan perkembangan penting dalam prosiding undang-undang Syarikat yang sedang berjalan. Semasa Pengurusan Kes yang diadakan pada 9 Januari 2024, Mahkamah memberikan kebenaran kepada Public Bank Berhad (“Plaintif”) untuk menarik balik Saman terhadap Defendan, termasuk Astaka Mekar Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Magma. Penarikan balik ini dilaksanakan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah mengenai kos, menandakan detik penting bagi Syarikat. Saman itu, pada asalnya difailkan oleh Public Bank Berhad terhadap anak syarikat Magma Group Berhad dan pihak bersekutu, berpunca daripada pertikaian mengenai penyelesaian jumlah tertunggak di bawah pelbagai Kemudahan Pinjaman Berjangka dan Kemudahan Overdraf. Plaintif telah meminta bayaran balik yang banyak, termasuk faedah terakru, daripada Defendan di bawah kemudahan ini. Dalam keadaan positif, Mahkamah telah membenarkan penarikan balik […]

trending_flat

Seksyen 73.85, Jalan Dabong-Jeli dibuka semula – JKR

JELI, KELANTAN – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) memaklumkan bahawa pada tarikh 9 Januari 2024, jam 12.00 tengahari, laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong – Jeli yang terputus akibat kegagalan pembetung telah dibuka semula. Menurut JKP dalam satu kenyataan, jalan tersebut telah dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum sehingga 20 tan)dan ia disambungkan menggunakan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Bailey. "Komponen-komponen Jambatan Bailey mula dipasang pada 5 Januari 2024 menggunakan khidmat tenaga secara jabatan telah siap sehari lebih awal daripada tarikh jangkaan 10 Januari 2024. Seramai 54 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Jajahan Jeli, JKR Jajahan Machang, JKR Daerah Temerloh dan JKR Daerah Kinta telah bergabung tenaga bertungkus-lumus menyiapkan jambatan sepanjang 30 meter tersebut. Jambatan tersebut dibina bagi memastikan pengguna jalan raya terutamanya penduduk […]

trending_flat

Timbalan KPN hadir ke sesi taklimat aset MSU

KUALA LANGAT, 10 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset "Mobile Surveillance Unit" (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. Demonstrasi aset tersebut telah dilakukan di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, pagi semalam. Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Hussein Omar Khan bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Norzaid Muhammad Said. Program diteruskan dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Dato' Sri Mustaffa Hj. Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Utama AMPCOP. Aset MSU adalah bagi kegunaan PPM dalam mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara, sekali gus memperkasakan peranan Pasukan tersebut. Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan lawatan di sekitar Pelabuhan Klang dan Balai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation