Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC
KUALA LUMPUR - Terkenal sebagai Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC menghembuskan nafas segar melalui sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif buat para pengunjung. Sambutan yang dilengkapi dengan pameran zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ bakal berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024. Sambutan megah kali ini membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”. Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC akan mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional. Antara pengalaman yang menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan. Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai propmengambil gambar […]